awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosmah akan dipanggil dalam masa terdekat - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
27/09/2018
05:29 MYT
Rosmah akan dipanggil dalam masa terdekat - Polis
Rosmah bakal dipanggil untuk membantu siasatan berhubung barangan kemas yang dikaitkan dengan 1MDB. -Sinar Harian
Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bakal dipanggil untuk membantu siasatan berhubung barangan kemas yang dikaitkan dengan 1MDB.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata Rosmah mungkin dipanggil dalam masa terdekat untuk tujuan tersebut.
“Ya, kita akan panggil beliau. Ia berkaitan dengan rampasan barang kemas milik beliau. Tapi belum masa lagi, mungkin dalam masa terdekat,” katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi PDRM 2018 di Universiti Sains Malaysia, di sini, tadi.
Menurutnya, selain Rosmah, Datuk Seri Najib juga akan didakwa lagi kerana polis masih menyiasat kes 1MDB.
“Datuk Seri Najib juga akan didakwa lebih banyak lagi kerana polis masih menjalankan siasatan kes 1MDB,” katanya
Sebelum ini, Najib ditahan untuk siasatan berhubung skandal 1MDB membabitkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadinya.
Najib turut menghadapi tiga pertuduhan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) dan empat lagi pertuduhan pindaan berhubung RM42 juta dana SRC International dalam akaun peribadinya.
Mengulas berhubung wang Umno bernilai RM116.7 juta yang dirampas, Noor Rashid berkata, wang itu hanya akan ditentukan oleh mahkamah sama ada akan dipulangkan atau diambil tindakan di bawah pelucutan hak.
Namun, ia bergantung kepada hasil siasatan yang akan diperoleh nanti.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan
#AMLA
#Ketua Polis Negara
#Malaysia
#Najib Razak
#PDRM
#Rosmah Mansor
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan