awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosmah Mansor harap tiada butiran siasatan bocor

Hakim Rahman
Hakim Rahman
19/05/2018
09:21 MYT
Rosmah Mansor harap tiada butiran siasatan bocor
Datin Seri Rosmah Mansor menegur pihak berkuasa agar tidak menyebarkan butiran terutamanya melibatkan barangan yang didakwa dirampas - BERNAMA/Fail
Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menegur pihak berkuasa agar tidak membocorkan butiran yang diperolehi semasa siasatan dijalankan bagi mengelakkan perbicaraan pramatang oleh orang awam.
Rosmah melalui firma guaman Valen, Oh & Partners dalam kenyataan berkata, keadaan tersebut berlaku ketika mereka berdepan dengan dugaan.
"Ini terutamanya, butiran mengenai barangan yang didakwa dirampas.
"Menjadi harapan kami supaya pihak berkuasa boleh memastikan kedaulatan undang-undang dipelihara dan dalam proses itu, mengelak berlakukan perbicaraan awam pramatang," kata Rosmah melalui kenyataan tersebut.
BACA: Najib tidak puas hati, dakwa pakaian harian cucu pun dirampas - Peguam
BACA: 284 kotak, 72 bagasi mengandungi wang tunai, beg berjenama dirampas dari kondominium mewah
Katanya, kebocoran butiran akan menyebabkan kekecohan media yang dilihat dengan sengaja disasarkan kepada keluarga mereka bagi tujuan mencetuskan kemarahan orang ramai.
Walaupun terkesan dengan situasi yang berlaku, pihaknya akan terus membantu dalam sebarang soal siasat serta akan hadir sekiranya diperlukan mana-mana pihak berkuasa.
"Agensi penguat kuasa tidak sepatutnya menyalurkan bahan untuk persendaan media sosial, sebaliknya mematuhi dan menegakkan profesionalisme ketat pada setiap masa," kata Rosmah.
Topic Berkaitan
#keluarga
#Media
#media sosial
#polis
#Rosmah Mansor
#serbuan
#siasatan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan