Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor perlu mengisytiharkan harta yang diperolehinya dari 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2017 selepas gagal mengetepikan notis pihak pendakwaan yang mewajibkannya berbuat demikian.
Dalam menolak permohonan Rosmah, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan berkata, beliau menerima hujahan pendakwaan mengikut Seksyen 48(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Dari[pada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Beliau berkata tujuan seksyen berkenaan adalah untuk membantu pendakwa dalam mengenal pasti harta milik seseorang yang disyaki terbabit dalam pengubahan wang haram.
"Oleh itu, ia tidak akan memprejudiskan pihak pembelaan atau menyebabkan kebimbangan maklumat itu akan digunakan untuk menentangnya terhadap dakwaan yang dihadapinya.
"Hujahan pemohon bahawa beliau akan dihalang daripada hak perbicaraan yang adil adalah spekulatif," katanya.
Hakim berkata notis pihak pendakwaan itu dalam proses siasatan tiada kaitan dengan 17 pertuduhan pengubahan wang haram dan gagal membuat penyataan pendapatan yang dihadapi oleh Rosmah, isteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya juga bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa hak berdiam diri dan keistimewaan daripada menjawab notis itu, bukan hak dijamin Perlembagaan," katanya.
Peguam Rosmah, Mohamed Reza Rahim memohon mahkamah menangguhkan keputusan kerana mereka akan memfailkan rayuan.
Bagaimanapun, Mohamed Zaini memerintahkan pihak pembelaan memfailkan permohonan rasmi.
Pihak pendakwaan diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala pasukan pembelaan terdiri daripada Mohamed Rez, Manjeet Singh Dhilion, N. Rajivan dan Datuk K. Kumaraendran.
Rosmah, 67, tidak hadir di mahkamah hari ini.
Rosmah memfailkan notis pada 24 Feb lalu bagi mengetepikan notis pendakwaan tersebut.
Pada 4 Okt, 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah terhadap 12 tuduhan kegiatan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, antara 1 Mei 2014 dan 1 Mei 2018.
Tuduhan pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1)(a) dan dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai kegiatan haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan, dia didakwa mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan hasil pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah LHDN pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 tanpa alasan munasabah mengikut Seksyen 112 undang-undang berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2019
Rosmah memfailkan notis pada 24 Feb lalu bagi mengetepikan notis pendakwaan tersebut. - Gambar fail
Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan
Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Sabitan, hukuman penjara bekas akauntan Kumpulan Asia Media kekal - SC
Ong memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi pada 14 Dis 2020, namun mahkamah itu mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap ketiga-tiga pertuduhan dihadapinya.
Jangan campur tangan, LTTE kekal kumpulan pengganas - Muhyiddin
LTTE masih lagi diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas oleh kerajaan Malaysia sejak 12 November 2014, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Shahrir Samad mengaku tidak bersalah
Shahrir, 71, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Ahmad Zahid
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi mencabar Seksyen 41(A) Akta SPRM dan Seksyen 71 AMLA 2001.
Rosmah perlu isytihar perolehan hartanya
Hakim menerima hujahan pendakwaan mengikut Seksyen 48(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
SPRM tahan pegawai kanan polis terlibat pengubahan wang haram
SPRM hari ini menahan seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM17,000.
'You're still my president' - KJ doa kesejahteraan Zahid
Khairy menerusi perkongsian di Instagram berkata, "I know Im hard on you, but youre still my President, sir."
Ahmad Zahid enggan diikat jamin, rela bermalam di lokap SPRM - Isteri
Perkara itu dimaklumkan isterinya Datin Seri Hamidah Khamis ketika ditemui pemberita di pekarangan bangunan SPRM.
Najib dibawa ke JSJK selepas ditahan SPRM lebih 16 jam
Najib yang ditahan sejak jam 4 petang semalam dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Menara 238 di Jalan Tun Razak di ibu negara untuk dirakam percakapan.
Najib tidak ditahan, dijangka didakwa esok - SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdepan pertuduhan baharu esok.