awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosmah tinggalkan kediaman di Langgak Duta

Hilal Azmi
Hilal Azmi
03/07/2018
16:28 MYT
Rosmah tinggalkan kediaman di Langgak Duta
Rosmah dilihat keluar menggunakan sebuah kereta jenis SUV dengan berselendang di kepala kira-kira pukul 12.05 tengah malam.

Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat meninggalkan kediaman pasangan itu di Jalan Langgak Duta tengah malam tadi. Rosmah dilihat keluar menggunakan sebuah kereta jenis SUV dengan berselendang di kepala kira-kira pukul 12.05 tengah malam. Ketika keluar, kenderaan terbabit turut kelihatan membawa lima individu. Sebelum itu peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah turut dilihat memasuki perkarangan rumah Datuk Seri Najib sekitar jam 9:30 malam tadi. Kediaman pasangan itu sememangnya menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa sejak petang tadi. Najib sebelum itu ditahan pegawai SPRM kira-kira pukul 2.35 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya. Pasukan Petugas Khas (1MDB) turut mengesahkan telah membuat tangkapan berkaitan SRC International Sdn Bhd. Najib akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

Topic Berkaitan
#1MDB
#Kuala Lumpur
#mahkamah
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#Rosmah Mansor
#SPRM
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan