Dalam usaha mewujudkan persekitaran yang cantik dan ceria, beberapa rumah penduduk di Kampung Sungai Budor dicat dengan warna pelangi.
Jika dahulu kawasan penempatan itu agak suram dengan barisan rumah usang, tetapi melalui idea kreatif ini, kawasan penempatan itu kini berubah wajah.
Transformasi yang dilakukan pada Mac tahun lalu bermula dengan menukar atap yang rosak selain papan dinding sehinggalah proses mengecat.
Ia dijayakan oleh Pertubuhan Prihatin Wanita Kelantan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan juga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Setakat ini, hanya enam rumah penduduk sahaja yang sempat dicat dengan warna pelangi yang siap sepenuhnya pada awal Jun tahun yang sama.
Tarikan baharu ini dapat dilihat ketika menelusuri Sungai Kelantan mahupun dari udara.
Menurut penduduk, Wan Nazimah Wan Mohamad, sejak penempatannya mengalami transformasi, dia menerima kunjungan ramai pelancong dari dalam dan juga luar negara.
Malah, menurutnya, ada yang datang dari Jepun, Vietnam dan Cina.
"Setiap yang datang tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan ada di antara mereka yang memuat naik pemandangan fotogenik di media sosial sehingga menjadi bualan.
"Jika sebelum ini, penempatan kami begitu sunyi, namun kini setiap sebulan sekali pasti ada pelancong yang datang ke sini untuk merakam kenangan terindah berlatarbelakangkan warna rumah yang dicat warna pelangi," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Jamilah Yusoff, 57, berkata memandangkan kawasan penempatan mereka kini menjadi tumpuan, penduduk mengadakan gotong-royong untuk menjaga kebersihan kawasan sekitar.
"Mengikut perancangan awal, sepatutnya kesemua 150 rumah penduduk di kawasan sekitar dicat dengan warna pelangi, namun disebabkan beberapa kekangan, hanya enam sahaja yang dapat disiapkan.
"Meskipun begitu, ada juga penduduk yang mengambil inisiatif mengecat sendiri rumah mereka," katanya.
Vivi Sumanti
Thu Nov 07 2019
Hanya enam rumah penduduk sahaja yang sempat dicat dengan warna pelangi. - Astro AWANI
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Kes tembak KLIA: Hafizul diberkas polis di Kota Bharu - KPN
Polis sudah memberkas suspek kes tembak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Cuaca panas: Bomba rekod lebih 200 kes kebakaran terbuka di Kelantan
Bomba Kelantan merekodkan 232 kes kebakaran terbuka dalam tempoh lapan hari sejak 4 April lepas berikutan cuaca panas atau pembakaran terbuka.
Aidilfitri: Kerajaan tambah 60 penerbangan ke Kota Bharu
Kerajaan telah meluluskan 60 penerbangan tambahan ke Kota Bharu, Kelantan melibatkan 15,962 tempat duduk sempena musim perayaan Aidilfitri ini.
Dua lelaki disyaki bantu kegiatan pinjaman wang tanpa lesen ditahan
Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam membantu kegiatan pinjaman wang tanpa lesen menerusi Op Vulture di bandar Kota Bharu.
Bekas ketua aktivis PPIM Kelantan didakwa ugut, cedera lelaki
Bekas ketua aktivis PPIM Kelantan didakwa atas dua pertuduhan iaitu melakukan ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki.
Imigresen, JPJ tahan 74 pendatang dalam operasi bersepadu
Jabatan Imigresen Kelantan menahan 74 pendatang tanpa izin dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pagi tadi.
Lelaki bergelar 'Datuk' dikehendaki polis ditahan, direman di Kelantan
Ia berkaitan dengan kes ugutan dan mencederakan mangsa di Kota Bharu, baru-baru ini.
Cekal bergelar petani, wanita raih pendapatan lumayan
Penglibatan wanita dalam pelbagai sektor perniagaan di Kelantan bukan sesuatu yang asing malah sudah sebati dan menjadi budaya setempat.
Polis kesan empat lelaki dikehendaki bersabit jenayah di Kota Bharu
Mereka ialah Mohd Fared Abdul Ghani, Mohd Izani Ibrahim, Mohd Haziman Hikamarhakimi dan Wan Sharilazry Wan Mohd Sukry.
JKNK arah 12 premis makanan ditutup 14 hari
Operasi Bersepadu Premis Bersih yang dilancar Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan semalam menyaksikan 12 premis makanan diarah tutup.