awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah pengarah Jabatan USM dirompak tiga lelaki

Bernama
Bernama
04/05/2014
14:21 MYT
Rumah pengarah Jabatan USM dirompak tiga lelaki
Seorang pengarah di sebuah jabatan USM kerugian lebih RM21,000 selepas rumahnya dirompak tiga lelaki dipercayai warga asing.
Seorang pengarah di sebuah jabatan di Universiti Sains Malaysia (USM) kerugian lebih RM21,000 selepas rumah dua tingkatnya di Changkat Minden, Gelugor di sini, dirompak tiga lelaki dipercayai warga asing, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa yang berusia 52 tahun, isteri dan empat anaknya turut berdepan detik cemas selepas diikat kumpulan perompak berkenaan sambil leher mereka diacu dengan parang.
Jurucakap polis berkata mangsa dan anggota keluarganya sedang nyenyak tidur sebelum kesemua mereka dikejutkan dengan kehadiran suspek yang bersarung tangan dan menutup muka.
"Ketika itu, dua anak lelaki mangsa berada di aras bawah manakala mangsa bersama isteri serta dua anak perempuannya berada di dalam bilik berasingan di tingkat atas," katanya di sini, hari ini.
Anak lelaki mangsa berusia 17 dan 18 tahun manakala anak perempuannya berumur 10 tahun dan 5 tahun.
Jurucakap polis berkata kejadian itu hanya disedari mangsa selepas terdengar bunyi bising di luar bilik tidurnya sebelum seorang suspek menghampirinya dengan bersenjatakan sebilah parang.
"Dia (mangsa) tidak berani melawan suspek kerana bimbang dengan keselamatan empat anaknya. Suspek yang memakai baju hitam kemudian mengarahkan kesemua mereka berkumpul di dalam sebuah bilik.
"Ketika itu, tangan masing-masing diikat dengan tali beg, reben dan penyangkut baju serta mereka diarahkan diam. Tiga suspek berkenaan bertindak menggeledah bilik mangsa untuk mendapatkan barang berharga," katanya.
Ketiga-tiga suspek itu yang bertutur dalam bahasa Indonesia kemudian melarikan diri selepas mengambil pelbagai barangan berharga termasuk dua komputer riba, lima telefon bimbit, jam tangan, seutas rantai emas dan wang tunai RM2,000.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan ia disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
"Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati suspek dipercayai masuk melalui pintu ruang tamu rumah mangsa," katanya.
Topic Berkaitan
#Changkat Minden
#pengarah
#rompak
#USM
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan