awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rupanya ada mayat rentung di bawah sisa kebakaran bot mewah dua tingkat di Langkawi

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
07/06/2019
00:00 MYT
Rupanya ada mayat rentung di bawah sisa kebakaran bot mewah dua tingkat di Langkawi
Mayat lelaki warga Indonesia yang berusia 29 tahun itu ditemui selepas operasi mencari mangsa terakhir dilakukan apabila mangsa dilaporkan hilang sejak berlakunya kebakaran pada Rabu. - Foto JBPM
Seorang lelaki ditemui rentung di bawah sisa kebakaran di dalam sebuah bot mewah dua tingkat di Bukit Malut, Langkawi, lewat petang Khamis.
Mayat lelaki warga Indonesia yang berusia 29 tahun itu ditemui selepas operasi mencari mangsa terakhir dilakukan apabila mangsa dilaporkan hilang sejak berlakunya kebakaran pada Rabu.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penguasa Kanan Bomba Mohamadul Ehsan Mohd Zain, mayat mangsa ditemui pasukan pengesan anjing (K-9) kira kira jam 7.15 malam Khamis.
Tambah Ehsan, dalam operasi yang disertai pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi serta Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra itu, tiga unit jentera bomba digunakan bersama sebuah jentera tangki bagi melakukan operasi pemadaman api dan pencarian mangsa yang hilang.
Seorang lelaki ditemui rentung di bawah sisa-sisa kebakaran di dalam sebuah bot mewah dua tingkat di Bukit Malut, Langkawi. - Foto JBPM
Seorang lelaki ditemui rentung di bawah sisa-sisa kebakaran di dalam sebuah bot mewah dua tingkat di Bukit Malut, Langkawi. - Foto JBPM
Setakat ini, punca kejadian dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan.
Sebelum itu dalam kejadian sekitar jam 2.55 pagi Rabu, sebuah bot yang diletakkan di kawasan pembaikan bot di Bukit Malut musnah dalam kebakaran.
Dalam kejadian tersebut, seorang rentung manakala empat lagi warga Indonesia termasuk seorang wanita mengalami sesak nafas. - Foto JBPM
Dalam kejadian tersebut, seorang rentung manakala empat lagi warga Indonesia termasuk seorang wanita mengalami sesak nafas. - Foto JBPM
Dalam kejadian tersebut, selain seorang yang ditemukan rentung, empat lagi warga Indonesia termasuk seorang wanita mengalami sesak nafas.
Kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Langkawi bagi mendapatkan rawatan.
Topic Berkaitan
#bomba
#hilang
#Hospital
#Indonesia
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#kebakaran
#Langkawi
#Malaysia
#mangsa
#operasi
#siasatan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan