awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belian saat akhir lonjak petunjuk pasaran Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi
Pemergian Khaleda Zia: Bangladesh isytihar berkabung tiga hari
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU COVID-19 lindung hak pembeli jualan kredit - Nanta

Bernama
Bernama
16/07/2020
14:47 MYT
RUU COVID-19 lindung hak pembeli jualan kredit - Nanta
Nanta berkata RUU itu melibatkan pindaan Akta Perlindungan Pengguna 1999. -Gambar fail
Rang Undang-Undang (RUU) Pelaksanaan Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan COVID-19 yang akan dibentangkan pada persidangan Parlimen yang sedang berlangsung dijangka dapat membantu kedudukan kewangan pengguna yang terjejas oleh COVID-19, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi.
Katanya RUU itu melibatkan pindaan Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan antaranya membabitkan urus niaga kredit.
“… kita hendak melindungi pengguna supaya ketika wabak COVID-19 ini, jika mereka tidak mampu membuat pembayaran, pemberi kredit tidak semudahnya ambil tindakan kepada pembeli," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat kepada warga kementerian itu, di sini hari ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penggubalan RUU Pelaksanaan Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan COVID-19 pada 5 Jun lepas bagi mengurangkan impak perundangan akibat penularan virus itu.
Mengulas isu lain, Nanta berkata Program Food Bank Siswa yang dijalankan oleh kementerian itu sebelum ini akan diteruskan apabila pelajar institusi pengajian tinggi kembali semula ke kampus pada Oktober depan.
Pada majlis itu, Nanta turut menyerahkan sijil pengiktifaran Malaysia Book of Records (MBOR) kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berjaya mendaftarkan 2,705 perniagaan baharu dalam tempoh sehari pada 20 Feb lepas.
"Ini merupakan rekod tertinggi pernah dicatatkan oleh SSM dalam tempoh sehari memandangkan secara purata rekod harian pendaftaran baharu perniagaan di seluruh Malaysia adalah sebanyak 1,100 pendaftaran sahaja," katanya, menambah rekod tersebut dicatat menerusi program #JOMDAFTARSSM2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#Institusi Pengajian Tinggi
#KPDNHEP
#Muhyiddin Yassin
#Parlimen
#Perdana Menteri
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan