awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Cukai Perkhidmatan 2018 lulus!

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/08/2018
09:50 MYT
RUU Cukai Perkhidmatan 2018 lulus!
RUU itu sebahagian daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan pada September ini. - Gambar fail Bernama
Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Perkhidmatan 2018 tanpa sebarang pindaan menerusi suara majoriti.
RUU itu sebahagian daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan pada September ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam penggulungannya menjelaskan kerajaan tidak dapat menjamin tidak ada kenaikan harga barang selepas sistem percukaian baru dilaksanakan.
Bagaimanapun, beliau percaya kesannya hanya separuh sahaja daripada akibat pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
"Saya nak tegaskan di sini, pihak kami (Kementerian Kewangan) tidak pernah memberi jaminan bahawa harga barangan tidak akan naik.
"Tetapi sekiranya naik, impaknya separuh daripada impak GST. Bagaimanapun, kita akan cuba (sebaik) yang boleh," ujarnya.
Semalam, Dewan Rakyat meluluskan RUU Cukai Jualan 2015.
RUU melibatkan kedua-dua cukai itu akan dibentangkan di Dewan Negara pada mesyuarat kali ini.
Sementara itu, beliau turut mengesahkan bahawa SST tidak akan dikenakan terhadap projek pembangunan kerajaan.
Ia sekaligus akan menjimatkan enam peratus perbelanjaan kerajaan.

Topic Berkaitan
#cukai
#Cukai Perkhidmatan 2018
#Dewan Rakyat
#GST
#Kementerian Kewangan
#Lim Guan Eng
#Menteri Kewangan
#rakyat
#RUU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan