awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU kesalahan seksual dilaksanakan sekali dengan Akta Kanak-Kanak

Bernama
Bernama
05/04/2017
10:03 MYT
RUU kesalahan seksual dilaksanakan sekali dengan Akta Kanak-Kanak
Sambil menyatakan penghargaan berikutan sokongan berterusan Anggota Parlimen terhadap RUU itu, Rohani (gambar) menegaskan RUU itu amat penting bagi menangani isu jenayah seksual terhadap kanak-kanak di negara ini. Gambar fail
Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 akan dilaksanakan bersekali dengan Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 (Akta 1511).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata langkah itu bertujuan memastikan keselamatan dan perlindungan kanak-kanak secara menyeluruh.
Beliau berkata Akta 1511 digubal bagi mengadakan suatu undang-undang yang khusus dan komprehensif mengenai kanak-kanak dengan merangkumi aspek perlindungan, pemeliharaan, pemulihan, perkembangan dan penyertaan.
"Kementerian akan bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri dalam melaksanakan RUU Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 sejurus mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V nanti," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sambil menyatakan penghargaan berikutan sokongan berterusan Anggota Parlimen terhadap RUU itu, beliau menegaskan bahawa RUU itu amat penting bagi menangani isu jenayah seksual terhadap kanak-kanak di negara ini.
RUU Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 diluluskan Dewan Rakyat semalam.
Ia bertujuan melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual yang dicadang terpakai kepada kanak-kanak berusia bawah umur 18 tahun selaras dengan Akta 1511. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#Akta 1511
#Akta Kanak-kanak Pindaan 2016
#perlindungan kanak-kanak
#Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Ka
#Rohani Abdul Karim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan