Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 melalui perbahasan selama lebih enam jam, dengan menerima sokongan dalam kalangan anggota Parlimen selain permintaan menangguhkannya bagi diteliti secara lebih mendalam.
Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) berkata pindaan Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan itu merupakan suatu yang bersejarah dan bermakna kepada rakyat negara ini khususnya Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa hairan kerana terdapat pihak yang mempertikai mengenai usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu negeri-negeri Tanah Melayu.
"Perkara (pindaan) ini telah dihujah sekian lama dan kita telah mendengar keluhan dan rintihan rakyat Sabah dan Sarawak. Langkah ini turut mengesahkan apa yang telah disepakati oleh bapa-bapa Kemerdekaan kita pada tahun 1963.
"Saya tidak faham mengapa langkah bermakna ini mahu dipertikai. Ada yang mengatakan langkah ini tidak berkesan tetapi sekurang-kurangnya di bawah PH, perdana menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) telah mengorak langkah bermakna sedangkan setengah abad berlalu dan BN (Barisan Nasional) tak mengorak langkah pun," katanya disambut sorakan anggota Dewan Rakyat.
Perdana Menteri ketika membentangkan bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini berkata pindaan itu merupakan langkah pertama kerajaan PH dalam merealisasikan kehendak rakyat Sabah dan Sarawak.
Dr Mahathir berkata langkah itu akan mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu negeri-negeri Tanah Melayu (kini Semenanjung) seperti termaktub dalam MA 63 semasa pembentukan negara ini.
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PH-Beluran) berkata RUU itu mesti diluluskan anggota Parlimen khususnya dari Sabah dan Sarawak kerana ia telah lama dinantikan bagi mengangkat kedudukan kedua-dua negeri itu.
"43 tahun kedudukan Sabah dan Sarawak yang sama rata dengan Semenanjung Malaysia ini dinyahkan oleh kerajaan...ada beberapa usaha yang dilaksanakan kerajaan lalu, dibentuk jawatankuasa khas peringkat kabinet untuk melihat perkara ini.
"Tetapi the best, the closest they can do, kerajaan yang lalu adalah menurunkan kuasa, proses the devolution of powers dan dikatakan ada autonomi yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak, tetapi tidak sampai tahap meminda Fasal (2) Perkara 1 seperti yang dilakukan kerajaan sekarang ini," katanya.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) berkata pindaan perlembagaan itu dibuat secara terburu-buru dan sepatutnya dirujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk dibincang dengan lebih teliti sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.
Datuk Seri Nancy Shukri (GPS-Batang Sadong) menyatakan sokongan terhadap pindaan itu, namun mencadangkan ia ditunda sehingga selesai perundingan Jawatankuasa Kabinet untuk menangani isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi mengembalikan keistimewaan kepada Sabah dan Sarawak.
Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) pula mahu perkara itu dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dipertimbangkan.
"Perkara sepenting ini bukan setiap kali sesi meminda perlembagaan, apa salahnya jika dibawa sembah perkenan kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu," katanya.
Perdana Menteri dijangka menggulung perbahasan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2019
Pindaan Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan itu merupakan suatu yang bermakna kepada rakyat negara ini khususnya Sabah dan Sarawak. - Astro AWANI/Shahir Omar
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.