Sabah akan menganjurkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 peringkat negeri pada 28 Julai ini dengan menerapkan normal baharu termasuk mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong berkata pematuhan SOP itu termasuk mengehadkan tetamu jemputan kepada 250 orang pada pelancaran yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah tersebut.
"Terdapat sedikit kelainan pada sambutan majlis pelancaran (bulan kebangsaan) dan Kibar Jalur Gemilang pada tahun ini memandangkan kita masih berada dalam fasa PKPP. Jika sebelum ini ada (aktiviti) konvoi kibar Jalur Gemilang dan orang ramai dijemput untuk bersama-sama memeriahkannya, namun pada tahun ini ditiadakan.
"Pada tahun ini, sambutan diadakan di dalam dewan dan tetamu jemputan juga dihadkan. Keutamaan kita adalah untuk menyeru masyarakat supaya bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di premis dan kediaman masing-masing," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk majlis itu di sini, hari ini.
Beliau berkata Jawatankuasa Induk Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 peringkat negeri dipengerusikan bersama Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Samsuni Mohd Nor bagi memastikan kelancaran majlis berkenaan.
Safar berkata pelancaran peringkat negeri itu akan menyusuli amanat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Putrajaya pada 28 Julai ini.
Orang ramai boleh mengikuti penstriman langsung majlis pelancaran itu menerusi Facebook dan Youtube yang akan dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Komputer Sabah, selain siaran langsung menerusi saluran televisyen RTM dan stesen radio Sabahfm serta SabahVfm, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 20 2020
Orang ramai boleh mengikuti penstriman langsung majlis pelancaran itu menerusi Facebook dan Youtube yang akan dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Komputer Sabah. -Gambar fail/ Bernama
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Stadium Merdeka gamit memori berterusan sejarah kemerdekaan negara
Pembukaan semula Stadium Merdeka, dapat berterusan menggamit memori sejarah, memupuk nilai dan semangat patriotisme ketika negara mencapai kemerdekaan.
Penganjur sedia bekerjasama dengan KKD jadikan 'Keretapi Sarong' acara Bulan Kebangsaan
Penganjur program Keretapi Sarong sedia bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital bagi menjadikan program itu sebahagian aktiviti Bulan Kebangsaan.
KKD hasrat jadikan program Keretapi Sarong aktiviti Bulan Kebangsaan - Fahmi
Ia berikutan program yang berlangsung semalam mendapat sambutan memberangsangkan dengan kehadiran 10,000 peserta pelbagai kaum dan usia.
Orang ramai dipelawa sertai Kayuhan Merdeka di Ipoh pada 30 Ogos
Orang ramai dipelawa menyertai Kayuhan Merdeka Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2023 bersempena sambutan Bulan Kebangsaan.
Hiasan Bulatan Jalan Chester bangkit 'mood' Bulan Kebangsaan, Hari Malaysia di Tawau
Kerja-kerja pemasangan berkenaan disiapkan dalam tempoh tiga minggu dengan peruntukan hampir mencecah RM20,000.
Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara boleh diperluas - Fahmi
Fahmi berkata beliau akan meneliti perkara itu malah RTM mungkin boleh merakam ucapan atau persembahan peserta untuk ditayangkan.
Lahad Datu kibar Jalur Gemilang gergasi semarak bulan kebangsaan
Dua tenaga pengajar dan lima pelajar menyiapkan bendera sepanjang 9.144 meter dengan ketinggian 18.288 meter dalam tempoh dua minggu.
Masa berpolitik tamat, kini masa kibar Jalur Gemilang - Fahmi
Katanya, semangat cintakan negara tidak boleh hanya timbul sewaktu sambutan Bulan Kebangsaan dan kempen Kibar Jalur Gemilang semata.
Lebih 2,000 meriahkan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Melaka
Lebih 2,000 pengunjung memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 peringkat negeri Melaka di sini pada malam Sabtu.
Kandungan patriotik di media sosial perlu dirancakkan - Fahmi Fadzil
Fahmi berkata, kandungan berunsur patriotik di media sosial terutama di aplikasi TikTok, dilihat masih kurang memberangsangkan.