Tutup

Sabah bakal berdepan El Nino

Sabah bakal berdepan El Nino
Tinjauan itu berdasarkan berdasarkan model-model iklim antarabangsa menjangkakan kebarangkalian 90 peratus fenomena El-Nino berlaku sehingga Mac ini. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Sabah kini dijangka akan berhadapan dengan fenomena El-Nino sehingga bulan Mac atau Mei depan berikutan kekurangan hujan di Sabah dan cuaca panas.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azemi Daud, berkata, tinjauan itu berdasarkan berdasarkan model-model iklim antarabangsa menjangkakan kebarangkalian 90 peratus fenomena El-Nino berlaku sehingga Mac ini.
Beliau berkata, kekurangan hujan di Sabah dan cuaca panas pada bulan ini dikaitkan dengan fenomena El Nino, yang dijangka kebarangkalian 90 peratus fenomena itu akan berterusan sehingga Mac ini dan 60 peratus sehingga Mei.

"Namun, untuk tempoh monsun timur laut sekarang, masih boleh berlaku hujan dalam tempoh yang tertentu terutama di timur Sabah dan pantai barat Sabah.
El Nino


"Jangkaan hujan bulanan daripada Januari hingga Mac ini di semua bahagian serta daerah diramalkan berkurangan (20 hingga 40 peratus) daripada jumlah hujan bulanan jangka panjang,"katanya.

Menurut Azemi, anggaran penurunan hujan bulanan tersebut untuk Bahagian Kudat dan Sandakan adalah 100 milimeter (mm) hingga 350 mm, sementara bahagian lain antara 100mm hingga 200mm.

"Kita menasihatkan orang ramai di negeri ini supaya mengelakkan pembaziran air dan pembakaran terbuka bagi mengelak krisis air dan kebakaran hutan.

"Kurangkan juga aktiviti sepanjang tempoh berkenaan bagi mengelak daripada terdedah dengan cuaca panas," katanya.