awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
Iran nafi hukuman mati ketika Trump ancam ambil tindakan tegas
Diet Trump "sangat tidak sihat", didominasi makanan segera, gula-gula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah harap permohonan pindah kuasa lesen pelancongan akan berhasil

Bernama
Bernama
01/12/2019
00:40 MYT
Sabah harap permohonan pindah kuasa lesen pelancongan akan berhasil
LIEW: Saya telah menggesa kerajaan Persekutuan memberi kuasa kepada Sabah untuk meluluskan dan mengeluarkan lima jenis pelesenan pelancongan. - Gambar fail
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berharap permintaan untuk pemindahan kuasa daripada Kerajaan Persekutuan bagi meluluskan dan mengeluarkan lima jenis pelesenan pelancongan, yang telah ditangguhkan, akan membuahkan hasil.
Menterinya Datuk Christina Liew berkata permintaan yang dibuat melalui Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) bagi membolehkan Sabah meluluskan permohonan untuk pelesenan berkaitan pelancongan dan mengeluarkan lesen.
Bagaimanapun, MOTAC berkata penyerahan kuasa kepada negeri belum dapat dilaksanakan, memandangkan hal-hal yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih dalam rundingan.
"Saya telah menggesa kerajaan Persekutuan memberi kuasa kepada Sabah untuk meluluskan dan mengeluarkan lima jenis pelesenan pelancongan.
"Ini adalah lesen masuk dan keluar untuk ejen pelancongan, lesen untuk pemandu pelancong, lesen untuk kenderaan pelancongan, pelesenan tiket dan lesen untuk menguruskan sekolah atau institusi latihan pelancongan," katanya dalam ucapan sempena Anugerah Pelancongan Sabah ke-12 2019 di sini Sabtu malam.
Liew berkata Jika MOTAC memberikan pelesenan autonomi kepada Sabah, langkah itu akan meningkatkan pelancongan dan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan industri.
"Ringkasnya, permintaan saya untuk penyerahan kuasa dalam hal ini telah ditunda tertakluk kepada penyelesaian isu penyerahan kuasa berdasarkan MA63 yang masih dalam rundingan, saya menaruh sepenuh harapan ia akan berhasil," katanya.
Anugerah itu dibahagikan kepada 33 kategori dan pada majlis itu Liew menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Khas Menteri yang dimenangi oleh Guangzhou World International Travel Co; Tham Yau Kong; Albert Teo dan Clement Lee.
Anugerah lain termasuk Rakan Kongsi Terbaik Penerbangan di bawah Kategori Malaysia yang dimenangi oleh AirAsia; China Southern Airlines manakala Easter Jet memenangi Rakan Kongsi Terbaik di bawah kategori Asing.
Sementara itu, Pengendali Pelancongan Dalam Negeri (Malaysia / Sabah) dimenangi oleh Pelancongan Taikar Worldmart Sdn Bhd; Pelancong Terbaik Pelancong Luar Negara-China, dimenangi oleh Guangdong China Women International Travel Services Co.Ltd.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#autonomi
#China
#ejen pelancongan
#kuasa negeri
#lesen
#MA63
#MOTAC
#pelancong
#pelancongan
#pemandu pelancong
#pemindahan kuasa
#penerbangan
#Perjanjian Malaysia 1963
#rundingan
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan