awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabotaj myIMMs: 100 termasuk pegawai Imigresen terlibat - Zahid

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
26/05/2016
13:49 MYT
Sabotaj myIMMs: 100 termasuk pegawai Imigresen terlibat - Zahid
AHMAD ZAHID: Pegawai terlibat terdiri daripada pegawai pertengahan dan kakitangan sokongan Jabatan Imigresen yang berkhidmat selama satu hingga lima tahun. -Gambar fail
Kira-kira 100 individu, termasuk pegawai Jabatan Imigresen, disyaki terlibat mensabotaj pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pegawai terlibat terdiri daripada pegawai pertengahan dan kakitangan sokongan Jabatan Imigresen yang berkhidmat selama satu hingga lima tahun.
Berdasarkan risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen, sindiket itu menjalankan aktiviti mensabotaj sistem tersebut kira-kira enam bulan hingga dua tahun dengan membocorkan data termasuk menggunakan nombor kod tertentu untuk disalah guna.
Menurut Ahmad Zahid, sebahagian mereka yang terlibat kini berada dalam tahanan polis.
Beliau juga menolak penglibatan pegawai atasan dan juga pembekal sistem dalam kegiatan sabotaj tersebut.
Berdasarkan siasatan, beliau berkata salah seorang daripada anggota sindiket merupakan warga asing manakala yang lain ialah rakyat tempatan.
Sehubungan itu, beliau bersama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim akan berjumpa dengan pembekal supaya mengemas kini dan menambah baik sistem tersebut dalam tempoh terdekat.
Topic Berkaitan
#jabatan imigresen
#myimms
#sabotaj sistem
#Sistem Imigresen Malaysia
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan