Skip to main content

Malaysia

Sah! KP SPRM letak jawatan pagi tadi - Ali Hamsa

41493881665_DatukDzulkifliAhma.jpg
Pengganti Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad akan diumumkan dalam masa terdekat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dalam mengesahkan peletakan jawatan Dzulkifli, berkata calon pengganti berada di peringkat perbincangan.

"Saya akan mengumumkannya dalam satu kenyataan rasmi," kata beliau selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana petang ini.


Apabila ditanya sebab peletakan jawatan, Ali hanya tersenyum dan enggan mengulas lanjut.

Pagi tadi, Dzulkifli dilaporkan meletak jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Dzulkifli berjumpa dengan Ali untuk menyerahkan surat letak jawatan sebelum mesyuarat bersama Dr Mahathir bermula.



Advertisement

Must Watch Video