Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berharap Program Subsidi Petrol (PSP) untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau B40 akan dilaksanakan serentak dengan golongan berpendapatan sederhana dalam kategori M40 mulai Januari tahun depan.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan (MOF) untuk mendapatkan data penerima dan memperhalusi mekanisme yang diperlukan.
"Bagi B40, kami sudah ada data mereka yang layak di mana saya telah umumkan Isnin lalu datanya sekitar 2.9 juta namun untuk M40...setakat ini, kami masih tidak mempunyai sebarang maklumat penerima yang berkelayakan.
"Jadi perbincangan antara kedua kementerian dari peringkat pegawai dan menteri akan diadakan minggu depan untuk menentukan mereka yang layak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sumbangan Bantuan sempena Sambutan Deepavali di sini pada Ahad.
Katanya, kerajaan masih mempunyai tempoh tiga bulan untuk melakukan apa yang patut sebelum pelaksanaannya tahun depan.
"Selain MOF, kami juga akan mendapatkan data dari Jabatan Pengangkutan Jalan dan Tenaga Nasional Bhd untuk mendapatkan maklumat mengenai mereka yang layak," katanya.
Saifuddin yang juga merupakan Ahli Undangan Negeri kawasan Pantai Jerejak turut menjangkakan jumlah penerima daripada kumpulan M40 mungkin akan mencecah 5 juta penerima.
"Dari pembentangan Belanjawan 2020, kerajaan telah memperuntukkan RM2.2 bilion bagi skim PSP bersasar yang memberi manfaat kepada kira-kira lapan juta pemandu jadi jika ditolak dengan 2.9 juta pemandu yang layak dalam kumpulan B40, kira-kira lima juta pemandu yang layak akan dikenal pasti termasuk daripada kumpulan M40," katanya.
Jumaat lepas, ketika pembentangan belanjawan itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata bermula Januari tahun depan, PSP bersasar yang merupakan sebahagian daripada janji Pakatan Harapan, akan dilancarkan di Semenanjung Malaysia dengan dua kategori kelayakan.
Kategori pertama ialah penerima BSH (B40) yang layak akan diberikan subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal yang diberikan dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan.
Kategori kedua pula ialah bagi semua pemandu lain yang layak dan bukan penerima BSH yang mana mereka akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal.
Kenderaan yang layak untuk subsidi itu adalah kereta dengan kapasiti enjin 1,600cc dan ke bawah atau kereta dengan kapasiti enjin melebihi 1600cc yang berusia lebih 10 tahun, atau motosikal dengan kapasiti enjin sehingga 150cc dan ke bawah, atau motosikal dengan kapasiti enjin melebihi 150cc yang berusia lebih tujuh tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 13 2019
Saifuddin menjangkakan jumlah penerima daripada kumpulan M40 mungkin akan mencecah 5 juta penerima. - Gambar fail
Agong mahu perhatian dan peruntukan saksama di semua negeri, kawal penghijrahan ke ibu kota
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar perhatian dan peruntukan dibahagikan secara saksama kepada semua bandar di 13 negeri seluruh Malaysia.
'Lamb shank' percik nasi 'Calcutta' gamit penggemar daging kambing
Cubaan dua rakan memperkenalkan menu lamb shank percik di Bazar Ramadan Stadium Perak membuahkan hasil apabila mendapat sambutan dan laris dijual sejak hari pertama penjualannya.
Permohonan undang-undang warganegara akan dimaklumkan dalam masa setahun
Selepas selesai urusan meminda Perlembagaan Persekutuan, status permohonan berhubung undang-undang warganegara akan dimaklumkan dalam masa setahun.
KDN beri hampir 14,000 keputusan permohonan warganegara
KDN sudah memberi hampir 14,000 keputusan permohonan warganegara dan angka itu yang paling tinggi setakat ini.
Setakat 7 Mac tahun ini, semua permohonan sudah selesai - Saifuddin
Anak-anak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia akan mendapat kewarganegaraan secara automatik dan bukan lagi secara pendaftaran sebaik pindaan Perlembagaan selesai.
Isu stoking: Pemimpin politik perlu jadi pembina jambatan selesaikan isu sensitif - Anthony Loke
Pemimpin parti politik seharusnya menjadi 'pembina jambatan' dalam mengeratkan semangat perpaduan di negara ini.
Tom dan Fuad Rahman umum nama anak
Pasangan selebriti Tom dan Fuad Rahman melahirkan rasa syukur apabila selesai mendaftarkan nama anak perempuan mereka.
Kelibat Kate Middleton dilihat dalam video terbaharu
Namun begitu, pengguna media sosial belum berpuas hati dengan video terbaharu itu, dengan ramai mempersoalkan mengapa ia kelihatan sangat kabur.
Stokin kalimah Allah: Yang di-Pertuan Agong murka, titah tindakan paling keras
Baginda bertitah mahu tindakan paling keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
AWANI Ringkas: Agong murka isu penjualan stoking tertera kalimah Allah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Melaka hasrat buka sekolah autisme bagi golongan kurang mampu
Kalsom berkata, ketika ini terdapat keluarga dalam kalangan B40 yang tidak mampu menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak autistik.
Bayaran haji B40 tahun ini RM12,356 - TH
TH mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini.
Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan
Jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen.
'Ada anggota polis golongan B40, miskin bandar'
Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai B40 apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.
Skim Perubatan MADANI ringankan beban B40, rakyat harap diperluaskan
Seorang pesara berkata, skim itu dapat meringankan beban kewangan dan membantu memendekkan masa menunggu untuk rawatan.
112,887 isi rumah B40 terima manfaat Skim Perubatan MADANI
Skim itu telah mendapat sambutan yang amat positif dan menggalakkan daripada pihak berkenaan dengan sebanyak 181,460 rawatan pesakit luar telah diberikan setakat ini.
KLAS Renang B40 dapat sambutan, KBS sasar lebih 5,000 peserta fasa kedua
KBS menyasarkan seramai 5,760 kanak-kanak, berumur enam hingga 12 tahun, untuk menyertai program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) bagi fasa kedua mulai September hingga Disember ini.
Rohto Eye Care bantu murid B40 dapat penjagaan kesihatan mata
Kesihatan mata merupakan masalah utama kesihatan global yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.
Program Jualan Ehsan Rahmah diperluas ke 12 lokasi sehari bermula Ogos
Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diperluas ke 12 lokasi sehari bermula 1 Ogos ini berbanding sembilan lokasi sebelum ini.
200 lesen bas PSV percuma ditawarkan kepada golongan B40 di Pantai Timur
Sebanyak 200 Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bas ditawarkan kerajaan secara percuma khusus kepada golongan B40 di negeri Pantai Timur, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.