Seorang ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang direman bagi membantu siasatan kes salahguna kuasa membabitkan beberapa projek pembinaan di sini bernilai RM300 juta, dibebaskan Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.
Majistret Mohammad Abduh Md Hafidz membenarkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak meminta lanjutan reman.
Lelaki bergelar 'Datuk' itu sebelum ini direman selama tiga hari bermula Khamis lepas bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Suspek berusia 59 tahun itu ditahan SPRM di pejabatnya kira-kira 12 tengah hari Rabu.
Ia susulan serbuan yang dilakukan suruhanjaya itu di sekitar Lembah Klang melibatkan beberapa premis seperti pejabat dan rumah suspek bagi mendapatkan dokumen berkaitan kes.
Suspek dipercayai menyalahguna kuasanya bagi memanipulasikan beberapa projek pembinaan yang sedang dijalankan GLC berkenaan.
Menurut jurucakap SPRM, projek itu telah dianugerahkan kepada syarikat kontraktor menerusi proses tender, namun disebabkan beberapa isu yang sengaja diadakan, pihak yang dilantik berkenaan gagal melaksanakan projek itu.
Berikutan itu, projek berkenaan kemudiannya diberi kepada kontraktor pengganti yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan suspek dan perkara itu sememangnya telah dirancang lebih awal, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 30 2018
Pada Khamis, ketua pegawai eksekutif GLC itu direman selama tiga hari untuk membantu siasatan membabitkan beberapa projek pembinaan di Putrajaya bernilai RM300 juta. --fotoBERNAMA / Fail
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Standard Chartered Saadiq Malaysia lantik Bilal Parvaiz sebagai CEO
Standard Chartered Saadiq Malaysia melantik Bilal Parvaiz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 15 Mac 2024.
'Bagaimana nak jual, KL Rovers bukan milik KLFA'
Kuala Lumpur (KL) Rovers FC mempersoalkan hak Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) untuk menjual kelab itu sedangkan ia adalah ahli gabungan sejak tahun 2021.
Bukan untuk djual, KL Rovers hanya sedia runding jual pegangan saham
Kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad, mengenai penjualan kelab Kuala Lumpur (KL) Rovers, semata-mata demi menampung masalah kewangan adalah tidak tepat.
Intel tawar perkhidmatan pengeluaran cip kepada AMD, NVIDIA, Qualcomm
Apabila Intel Foundry Services beroperasi secara sepenuhnya, Intel akan mempunyai kemampuan untuk membangunkan cip intel tersuai yang hadir dengan teknologi terbina.
Pengerusi, CEO Aman Palestin didakwa lebih 100 tuduhan pecah amanah, tipu, pengubahan wang haram
Dua pegawai pengurusan tertinggi Aman Palestin Bhd (Aman Palestin), mengaku tidak bersalah pecah amanah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.
KDA FC umum Shahrul Samsudin pangku tugas CEO
Keputusan itu bertujuan melancarkan pentadbiran dan urusan semasa kelab selepas Khamal Idris Ali meletakkan jawatan tersebut.
KWSP umum pelantikan Ahmad Zulqarnain sebagai CEO baharu
Ahmad Zulqarnain akan menggantikan Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang telah dilantik sebagai Menteri Kewangan II.
Discord berhentikan ratusan pekerja
Keputusan itu adalah sebahagian daripada usaha Discord untuk meningkatkan kecekapannya.
Alvin Lee dilantik CEO Maybank Singapura
Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini mengumumkan pelantikan Alvin Lee Han Eng sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) negara, Maybank Singapore Limited dan CEO Cawangan Maybank Singapura.