awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Status darurat Aceh dilanjutkan 14 hari lagi berikutan banjir di Sumatera
Permintaan penumpang udara naik 5.7 peratus tahun ke tahun - IATA
Kelantan kumpul 88.22 peratus hasil negeri, rangka strategi perkukuh kewangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salahuddin Ayub terima ugutan bunuh

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
06/12/2018
10:39 MYT
Salahuddin Ayub terima ugutan bunuh
SALAHUDDIN: Semalam saya diambil keterangan oleh pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Daerah Polis Muar, dan diberitahu suspek telah ditahan reman. -Gambar fail
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub tidak menyangka nota ugutan yang diterimanya Ahad lalu sesuatu yang serius dan menganggap ia sekadar gurauan semata-mata.
Namun beliau terkejut apabila dimaklumkan pihak berkuasa ugutan bunuh yang diterimanya adalah serius di mana kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.
"Semalam saya diambil keterangan oleh pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Daerah Polis Muar dalam siasatan itu sudah diberitahu suspek telah ditahan reman.
"Saya tak boleh komen selebihnya saya serahkan kepada polis," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Menurutnya nota itu diletakkan bersama bangkai anak lembu yang dipakaikan t-shirt bertulis 'Pakatan Harapan' di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram Muar Ahad lalu.
nota itu diletakkan bersama bangkai anak lembu memakai t-shirt Pakatan Harapan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram Muar Ahad lalu.
nota itu diletakkan bersama bangkai anak lembu memakai t-shirt Pakatan Harapan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram Muar Ahad lalu.
Beliau turut tertanya-tanya motif ugutan bunuh yang diterimanya itu kerana dakwanya tidak pernah mempunyai musuh.
"Ini kali pertama, saya rasa tiada musuh, tak pernah berkelahi dengan orang dan tak pernah timbulkan pergaduhan, tapi tiba-tiba dapat ugutan seperti ini," kata Salahuddin.
Beliau juga menegaskan tidak mengenal suspek yang ditahan reman oleh polis dan sekali gus menolak dalang insiden itu adalah orang yang mempunyai kepentingan politik.
"Saya tidak kenal orang itu, saya serah pada polis saja. Kalau kata tak puas hati sebab tak dapat peruntukan pun, setiap kali saya balik ke Simpang Jeram saya terima banyak permohonan.
"Saya tak pasti salah itu alasannya, memang tak boleh ulas lanjut," katanya lagi.
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Salahuddin mengakui insiden tersebut tidak membuatkan dirinya trauma dan akan meneruskan tugasnya sebagai menteri dan wakil rakyat seperti biasa.
"Setakat ini saya masih okey, saya rasa masih berupaya bercakap, bertugas tidak ada masa untuk saya cuti dan rehat, nak ambil masa termenung pun tidak ada."
Beliau juga masih belum memutuskan untuk mengetatkan kawalan keselamatan dirinya selepas insiden tersebut.
Topic Berkaitan
#Kanun Keseksaan
#Pakatan Harapan
#Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri
#Salahuddin Ayub
#Seksyen 507
#Simpang Jeram Muar
#ugutan bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan