Sama-sama kita hayati peristiwa Nuzul al-Quran - Dr Mahathir

Sama-sama kita hayati peristiwa Nuzul al-Quran - Dr Mahathir
Perdana Menteri menerusi kiriman di laman Twitternya sempena Nuzul al-Quran yang disambut esok turut mengajak umat Islam mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya al-Quran. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru seluruh umat Islam supaya sama-sama menghayati peristiwa Nuzul al-Quran.

Perdana Menteri menerusi kiriman di laman Twitternya sempena Nuzul al-Quran yang disambut esok turut mengajak umat Islam mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya al-Quran.
"Selamat menyambut hari Nuzul Quran buat seluruh umat Islam.

"Semoga kita sama-sama dapat menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Quran ini dan memperoleh keberkatan dari-Nya," katanya.

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira, Mekah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda.