awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saman WSJ: PM akan buat keputusan beberapa hari lagi

Israr Khalid
Israr Khalid
05/07/2015
11:30 MYT
Saman WSJ: PM akan buat keputusan beberapa hari lagi
Najib berkata beliau akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari lagi tentang tindakan lanjut yang akan diambilnya terhadap laporan WSJ.
Datuk Seri Najib Razak akan buat keputusan dalam masa beberapa hari lagi tentang tindakan lanjut yang akan diambilnya terhadap laporan mengaitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyalurkan dana ke akaun peribadinya.
"Saya akan buat keputusan dalam masa beberapa hari...berhubung dengan dakwaan (Wall Street Journal) yang cukup jahat," katanya ketika membuat sebuah lawatan di Semenyih hari ini.
Perdana Menteri berkata perkara itu sudah dirujuk kepada peguam beliau dan mereka akan memberikan nasihat mengenai tindakan wajar yang boleh diambil dari segi perundangan.
"Saya merujuk kepada tuduhan media yang telah dibuat terhadap saya kononnya saya telah mencuri AS$700 juta daripada duit 1MDB dan memasukkan duit tersebut ke dalam akaun persendirian saya.
"Peguam-peguam saya akan memberi nasihat kepada saya, apakah tindakan susulan dalam bentuk undang-undang dan sebagainya yang boleh saya buat dalam negara dan luar negara," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Najib akan mengumumkan langkah beliau untuk menyaman Wall Street Journal (WSJ) yang menyiarkan laporan mengenai pengaliran dana 1MDB itu.
WSJ dalam artikelnya Jumaat lalu mendakwa sejumlah hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana milik 1MDB disalurkan kepada akaun peribadi Najib.
Namun Najib dan pihak 1MDB membuat kenyataan menafikan laporan tersebut.
Pelbagai pihak mendesak perdana menteri mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ bagi membersihkan namanya serta mempertahankan integriti kerajaan.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya semalam berkata pihak berkuasa kini menyiasat tiga buah syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan WSJ yang juga dilaporkan oleh Sarawak Report.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Najib Razak
#saman
#Wall Street Journal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan