awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambut hari raya secara tertutup di rumah - Dr Noor Hisham

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
15/05/2020
10:49 MYT
Sambut hari raya secara tertutup di rumah - Dr Noor Hisham
Walaupun kerajaan membenarkan aktiviti ziarah dengan maksimum 20 orang, namun, masyarakat perlu mempertimbangkan semula perkara itu. - Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati semua umat Islam yang bakal merayakan Hari Raya Aidilfitri untuk mengadakan sambutan secara tertutup di kediaman masing-masing.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, aktiviti kunjung-mengunjung perlu ditangguhkan jika ia tidak perlu bagi memastikan keselamatan keluarga dan golongan berisiko tinggi.
“Daripada Kementerian Kesihatan, kami ingin menasihati orang ramai untuk mengadakan sambutan hari raya secara tertutup.
"Ia mungkin belum berlaku sebelum ini, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh melindungi keluarga dan komuniti kita.
"Jadi, jika boleh praktikkan perkara ini, anda akan mempunyai 'larangan' sendiiri, sebagai contoh. Ini untuk memastikan tiada orang luar datang ke rumah anda,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Jumaat.
Dalam masa sama, beliau berkata, walaupun kerajaan membenarkan aktiviti ziarah dengan maksimum 20 orang, namun, masyarakat perlu mempertimbangkan semula perkara itu.
"Bilangan 20 orang adalah saudara-mara. 20 orang dalam pangsapuri yang kecil tidak dapat dilaksanakan dan ia bertentang dengan saranan (garis panduan) kami. Apa lebih penting adalah, kekal dengan prosedur operasi standard (SOP) dan amalkan ‘3C’ – elak kawasan sempit (confined), sesak (crowded), dan bertutur dengan rapat (close conversation)," tegas Dr Noor Hisham lagi.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Islam
#keluarga
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Noor Hisham Abdullah
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan