Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini melancarkan satu siri laporan polis terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed atas dakwaan menghasut.
Antara cawangan SAMM yang telah berbuat demikian termasuk Pahang, Selangor dan Pulau Pinang. SAMM Pahang dan SAMM Selangor telah membuat laporan polis pada pagi manakala SAMM Pulau Pinang membuat laporan polisnya pada petang ini.
Penyelaras SAMM Pahang, Amirul Syazwan Narzaruddin dan Penyelaras SAMM Selangor, Megat Khairul Anuar dalam satu kenyataan bersama pagi tadi berkata laporan polis itu adalah berkaitan kenyataan Mahathir mengenai kes pembunuhan model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada satu catatan blognya.
"Kenyataan Mahathir ini tanpa berselindung merupakan hasutan kepada orang ramai untuk membenci Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Bukan sedikit pemimpin pembangkang yang pernah disiasat, ditangkap malah didakwa dengan pelbagai tuduhan kerana mengeluarkan hasutan hampir sama.
"Soalnya sekarang kenapa Mahathir tidak terusik, bebas mengeluarkan kenyataan menghasut rakyat membenci Perdana Menteri?" tanya mereka dalam laporan polis tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Saya hanya tanya siapa keluar perintah kepada Sirul - Dr Mahathir
SAMM Pahang membuat laporan polis tersebut di IPD Beserah, Pahang manakala SAMM Selangor membuat laporan polis yang sama di IPD Kuala Kubu Bharu.
Mereka berkata laporan ini bertujuan untuk memberi masa tempoh masa 10 hari kepada pihak polis untuk bertindak terhadap kenyataan Mahathir, dengan membuka kertas siasatan dengan segera.
"Sekurang-kurangnya Mahathir perlu dipanggil ke Balai Polis untuk dirakam percakapan," kata mereka.
Mereka menambah sekiranya tiada tindakan yang diambil ke atas Mahathir dalam tempoh 10 hari, maka ia akan dianggap bahawa tindakan menghasut untuk membenci Perdana Menteri itu akan menjadi halal.
"Maka jika ada pihak yang akan turun ke seluruh negara mencetak poster, risalah, pemidang, membuat ceramah atau seumpamanya bagi membangkitkan isu-isu yg dibangkit Mahathir, pihak tersebut juga tidak harus diganggu oleh pihak polis, seperti mana Mahathir," kata mereka.
Sementara itu, Penyelaras SAMM Pulau Pinang, Mohd Aidil Fitri Ibrahim memberitahu Astro AWANI bahawa SAMM di negeri lain akan turut membuat laporan polis pada hari-hari yang akan datang.
Pada Selasa, Dr Mahathir dalam blognya berkata, beliau hanya bertanyakan siapa yang mengeluarkan perintah kepada dua anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya dan beliau tidak berniat menuduh Najib melakukan jenayah kerana itu dapat disiasat oleh polis.
Katanya adalah tidak adil jika dua tertuduh, bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri dikenakan hukuman bunuh kerana mereka hanya mengikut arahan.
Mahathir juga menjelaskan, beliau hanya mahu agar persoalan berhubung arahan untuk membunuh Altantuya itu terjawab.
T K Letchumy Tamboo
Wed Apr 08 2015
Kata Dr Mahathir pada Rabu, beliau hanya bertanya siapa yang mengeluarkan arahan dan tidak menuduh Najib melakukan jenayah itu - Gambar Fail
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi
Perdana Menteri menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Mac lepas.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil - Anwar
Perdana Menteri berkata langkah reformasi awal yang dilaksana kerajaan membuahkan hasil dengan peningkatan pelaburan dan pelbagai pengiktirafan.
PM kunjungi bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.