Seorang pembantu kedai makan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dengan sembilan sebatan selepas didapati bersalah melakukan samun berkumpulan bersenjata kedai dobi dan kedai runcit 24 jam di Bandar Puteri Jaya, Taman Ria dan tepi Pasaraya CMart Sungai Petani awal bulan lalu..
Tertuduh Muhamad Zulfikar Nazriq Mohd Zahir, 21, mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan kali kedua di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 2 Sungai Petani, N.Priscilla Hemamalini.
Sementara itu, tertuduh kedua Muhammad Asmuhairyl Abas, 20, mengekalkan pengakuan tidak bersalah.
Mengikut pertuduhan kedua tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan rompakan dengan mengguna parang.
Tertuduh bertindak merampas telefon bimbit milik seorang wanita berusia 23 tahun di hadapan sebuah pasar raya pada 7.15 pagi pada 10 September lalu.
Bagi pertuduhan kedua, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan rompakan berkumpulan menggunakan parang di sebuah kedai dobi di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani pada 7 pagi, 11 September lalu.
Tertuduh telah menyamun barang kemas dan barangan peribadi milik wanita berusia 37 tahun itu.
Manakala bagi pertuduhan ketiga, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan menggunakan parang di sebuah kedai 24 jam di Jalan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, pada jam 7.15 pagi, 11 September lalu.
Tertuduh telah melarikan wang tunai berjumlah RM1,500, telefon bimbit dan aksesori lain milik seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.
Hakim N. Priscilla Hemamalini kemudian menjatuhkan hukuman empat tahun penjara dan tiga sebatan terhadap Muhamad Zulfikar Nazriq bagi setiap pertuduhan dan hukuman dijalankan secara berasingan dari tarikh mula ditangkap.
Hakim turut menetapkan 25 Oktober depan bagi sebutan semula kes terhadap tertuduh kedua Muhammad Asmuhairyl Abas.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Savinder Singh Jugindar Singh manakala Mohamad Zulfikar Nazriq dan Muhammad Asmuhairyl diwakili peguam K.Sobini.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Oct 11 2018
Rakaman CCTV kejadian pada 11 Sept lalu. -Gambar fail
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Samun kedai dobi: Pembantu kedai dihukum penjara 12 tahun, 9 sebatan
Tertuduh Muhamad Zulfikar Nazriq Mohd Zahir, 21, mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan kali kedua di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 2 Sungai Petani, N.Priscilla Hemamalini.
Pelanggan dobi disamun dengan parang
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah lokasi dekat Bandar Puteri Jaya.