Bandar Meru Raya di sini selamat dikunjungi kerana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak telah menjalankan proses sanitasi menyeluruh di semua kawasan awam serta premis berkaitan susulan kes "mak cik degil gelang pink", kata Pengarahnya Azmi Osman.
Beliau berkata sanitasi dilakukan berdasarkan pergerakan wanita itu yang melibatkan beberapa kawasan dan premis.
"Jangan bimbang kerana tindakan telah dilaksanakan di semua kawasan yang dinyatakan bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Korban Persatuan Suri dan Anggota Bomba Wanita Perak Bersama Nation Of Woman Perak serta Kempen Keselamatan Kebakaran di Balai Bomba Meru Raya di sini hari ini.
Pada masa sama, sebagai langkah berjaga-jaga beliau meminta mana-mana pihak yang mengetahui tentang pergerakan wanita tersebut agar melaporkan kepada JBPM Perak.
Pada 21 Julai lalu, foto seorang wanita yang dipercayai melanggar perintah pengawasan dan pemantauan di rumah, tular menerusi media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.
Foto wanita itu yang sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Raya di sini jelas menunjukkan gelang tangan berwarna merah jambu di tangan kanannya yang menandakan dia di bawah perintah kuarantin COVID-19.
Wanita itu kini dilaporkan sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Sementara itu, mengulas mengenai persediaan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Azmi berkata antara langkah awal yang akan dilaksanakan ialah khidmat nasihat mengenai keselamatan kepada pengusaha hotel dan inap desa yang dijangka menjadi tumpuan orang awam ketika PRK berkenaan.
Selain itu, JBPM Perak juga akan melaksanakan proses sanitasi di kawasan penginapan dan lokasi tumpuan seperti kedai makan bagi mengekang jangkitan COVID-19, dan kesemua langkah terbabit akan dilaksanakan selewat-lewatnya minggu depan, katanya.
PRK DUN Slim diadakan susulan kematian penyandang Datuk Mohd Khushairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Ogos ini sebagai tarikh pengundian manakala 15 Ogos bagi penamaan calon dan 25 Ogos untuk pengundian awal.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 01 2020
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menjalankan proses penyahkuman atau disinfeksi di Pasar Raya Besar Mydin Meru hari ini sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19. - Bernama
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Raja Kecil Bongsu Perak mangkat pada usia 71 tahun
Raja Kecil Bongsu Perak Raja Datuk Seri Izuddin Chulan Raja Zainal Azman Shah, mangkat pada usia 71 tahun akibat sakit tua dan masalah jantung di kediamannya di sebuah resort di Bandar Meru Raya di si
Konsert haram di Bulatan Sultan Azlan Shah: Polis rekod keterangan penganjur, 'buskers'
Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihak penganjur dan ahli buskers di tempat kejadian telah diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.
Nasib peniaga jalanan dilanda ribut dapat perhatian kerajaan
Peniaga terjejas juga akan dibantu untuk mendapat bantuan seperti pinjaman tanpa faedah daripada TEKUN.
Jangan ke pawagam pandu masuk jika penat, tidak selesa
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib berkata, adalah lebih selamat jika mereka hanya menonton televisyen di rumah.