awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Santapan seks" bapa, datuk dan bapa saudara, empat direman

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
12/08/2017
07:04 MYT
"Santapan seks" bapa, datuk dan bapa saudara, empat direman
Kesemua suspek ditangkap di kediaman keluarga tersebut di Kampung Daha Seroban, berhampiran Tebedu semalam. - Foto Astro AWANI
Majistret Kota Samarahan hari ini membenarkan tahanan reman selama tujuh hari terhadap empat sekeluarga kerana merogol dua lagi ahli keluarga mereka sehingga mengandung.
Majistret Dayang Roselind Awang Mahdini sekitar jam 1.40 petang membenarkan permohonan Ketua Siasatan Jenayah Daerah Serian, Asisten Superintendan Alias Nen bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Kesemua suspek ditangkap di kediaman keluarga tersebut di Kampung Daha Seroban, berhampiran Tebedu semalam, setelah pihak polis dimaklumkan tentang aktiviti sumbang mahram itu.
BACA: Dua beradik jadi hamba seks bapa, datuk dan bapa saudara
Kejadian terbongkar apabila salah seorang mangsa yang berusia 19 tahun menjalani pemeriksaan kesihatan dan didapati mengandung di Hospital Serian, sekitar jam 2.30 petang semalam.
Soal siasat terhadap mangsa kemudian mendedahkan dia menjadi "santapan seks" bapa, datuk dan dua bapa saudaranya sejak berusia 13 tahun.
Mangsa turut memaklumkan adiknya yang kini berusia 14 tahun, turut menjadi mangsa sejak lima tahun lalu dengan perbuatan dilakukan di rumah keluarga ini di Kampung Daha Seroban, berhampiran Tebedu.
Sekitar jam 3.30 petang semalam, sepasukan anggota Siasatan Jenayah Serian yang diketuai oleh Inspektor Vimal Nathan telah memberkas kesemua saspek yang berumur di antara 26 hingga 57 tahun di kediaman mereka.
Kedua-dua mangsa yang berusia 19 dan 14 tahun kini dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut, manakala si kakak disahkan mengandung 25 minggu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram dan jika sabit kesalahan, tertuduh berhadapan hukuman di antara 10 ke 30 tahun penjara selain sebatan rotan.
Topic Berkaitan
#jenayah
#mangsa
#polis
#reman
#rogol
#Samarahan
#Sarawak
#seks
#Srrian
#sumbang mahram
#Tebedu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan