Tahfiz, sekolah agama rakyat dan sekolah pondok yang tidak berdaftar disaran untuk berbuat demikian bagi mendapatkan bantuan kerajaan berjumlah RM100 juta yang disalurkan Kementerian Kewangan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya akan menyemak permohonan bantuan bermula Februari ini.
"(Yang berdaftar) untuk tahfiz kita ada 1,026 buah dan sekolah agama negeri, sekolah agama rakyat, swasta dan persekutuan kita ada 1,880 buah. Ini syarat paling utama di mana rakyat utama mestilah berdaftar dengan semua majlis agama negeri masing-masing.
"Bagaimanapun, kami tetap memantau dan menggalakkan mana-mana yang tidak berdaftar untuk berdaftar dan melayakkan mereka untuk mendapat bantuan," katanya dalam sidang media selepas menerima peruntukan RM100 juta bagi menyelenggara dan menaik taraf sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan sekolah pondok daripada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Kementerian Kewangan di sini pada Rabu.
Tambahnya, penyaluran peruntukan berkenaan dijangka bermula Mac dan disalurkan sepenuhnya kepada institusi yang layak selewat-lewatnya November.
"Dalam Februari kita akan tengok permohonan. Terima kasih Kementerian Kewangan beri peruntukan lebih awal sebab kalau bagi lewat kita tak boleh nak laksanakan semua. Kami jangka pelaksanaannya seawal bulan Mac sudah boleh laksanakan apa sahaja keperluan.
"Sasaran kita sehingga Oktober hingga November sudah selesai urusan penyaluran peruntukan. Saya ingin jelaskan komitmen bajet baru ini adalah kekuatan dalam bidang saya untuk pastikan peruntukan sampai secara berkesan," ujar beliau.
Semasa Belanjawan 2020, Guan Eng mengumumkan peruntukan RM735 juta untuk penyelenggaraan dan naik taraf sekolah termasuk untuk tahfiz sebanyak RM50 juta, Sekolah Agama Rakyat Persendirian sebanyak RM25 juta, dan sekolah pondok sebanyak RM25 juta.
Rahimah Abdullah
Wed Jan 15 2020
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya akan menyemak permohonan bantuan bermula Februari ini. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Selesaikan segera isu kewarganegaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kaedah bantuan program SARA dipertimbang ditambah baik
Kerajaan akan menambah baik kaedah bantuan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) selain mempertimbangkan untuk memperluas bantuannya pada masa akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
KEB 2024 perlihat agenda perkasakan ekonomi bumiputera tanpa pinggirkan kaum lain
Memberi jaminan bahawa kepentingan kaum lain turut diberi perhatian, Ahmad Zahid berkata mereka juga diberi pelbagai bantuan kerajaan.
Isu kadar gaji polis, penggunaan teknologi solar antara tumpuan Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat membincangkan isu kadar gaji polis, status bantuan kerajaan Sabah dan penggunaan teknologi solar.
Skim Perubatan Madani diperluas seluruh negara, manfaat 80,000 isi rumah
Inisiatif perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui Skim Perubatan Madani kini diperluaskan ke seluruh negara bermula 15 Sept lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Johor sedia bantu anak sulung mangsa kemalangan maut 6 beranak
Kerajaan Johor bersedia membantu remaja lelaki yang kehilangan ibu bapa dan empat adik beradiknya akibat kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Jumaat lepas.
Teguran PM tiada lambang parti ketika salur bantuan kerajaan, tepat - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata ini kerana sumbangan bantuan tersebut adalah daripada peruntukan kerajaan.
KPK seru pekebun kecil Orang Asli Selangor sertai KPSM
KPK menyeru agar semua pekebun kecil Orang Asli di Selangor untuk menyertai KPSM kerana ia menawarkan pelbagai faedah bagi meningkatkan produktiviti dalam penanaman kelapa sawit.
Kerajaan setuju tawar kredit e-tunai RM100 kepada B40, M40
Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Subsidi tidak memulihkan ekonomi, sekadar pastikan kumpulan rentan terbela - FOMCA
Subsidi bukan bertujuan untuk memulihkan ekonomi sebaliknya untuk memastikan golongan rentan dapat menikmati kualiti hidup minima.
Kerajaan tidak nafikan hak rakyat Kelantan terima bantuan - Anwar
Kerajaan tidak menafikan hak rakyat di Kelantan walaupun ia adalah negeri pembangkang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.