awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarapan percuma buat pelajar sekolah rendah mulai Januari 2020 - Maszlee Malik

Astro Awani
Astro Awani
26/08/2019
08:42 MYT
Sarapan percuma buat pelajar sekolah rendah mulai Januari 2020 - Maszlee Malik
Dr Mazlee menjelaskan, program sarapan percuma diperkenalkan bagi memastikan pelajar-pelajar kekal sihat dan cergas. - Gambar fail BERNAMA
BERMULA Januari 2020, kerajaan akan menyediakan sarapan percuma buat semua pelajar sekolah rendah di seluruh negara.
Mengumumkan berita itu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, inisiatif itu diperkenalkan bagi memastikan pelajar-pelajar terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.
"Anak-anak kita memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.
"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mengambil berat aspek pemakanan murid dan sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting untuk memastikan anak-anak kita perutnya sentiasa terisi dengan makanan berkhasiat," kata Dr Maszlee dalam entri terbaharu di laman Facebook beliau pada Isnin.
Melalui program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara itu, beliau berkata, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.
"KPM akan terus meneroka apa sahaja ruang bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan," ujar beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Maszlee Malik
#Menteri Pendidikan
#pelajar sekolah rendah
#Sarapan percuma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan