awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KEMAS KINI] Tuduhan rasuah RM2.8 juta: Bung Moktar dilepaskan, kes Zizie Izette diteruskan
Ketua PBB kecam tindakan Israel “ceroboh” pusat kesihatan UNRWA
Rusia sedia pulihkan hubungan dengan semua negara Eropah - Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak bakal tubuh Pusat Latihan Atlet Elit

Bernama
Bernama
13/02/2019
22:16 MYT
Sarawak bakal tubuh Pusat Latihan Atlet Elit
Atlet kelainan upaya yang terpilih akan diberi elaun wang saku dan disediakan tempat penginapan semasa menjalani latihan. - Gambar fail
Pusat Latihan Atlet Elit Sarawak akan ditubuhkan di Kuching bagi menyediakan kemudahan latihan jangka panjang kepada atlet kelainan upaya negeri ini yang berpotensi meraih pingat emas pada Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) dan Para Sukma di Johor pada 2020.
Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Francis Harden berkata sebagai permulaan, sejumlah 20 atlet kelainan upaya akan dipilih berdasarkan merit bagi menjalani latihan di pusat latihan berkenaan, sekali gus dapat mewakili negara pada masa akan datang.
Beliau berkata atlet berkenaan akan diberi elaun wang saku dan disediakan tempat penginapan semasa menjalani latihan, manakala empat jurulatih bertauliah akan dilantik bagi mengendalikan latihan dan juga dibayar elaun.
"Barisan atlet ini dipersiapkan bagi menghadapi SOPMA dan Para Sukma 2020 di Johor," katanya pada majlis pelancaran Program Unit Pembangunan Orang Kelainan Upaya, di sini pada Rabu.
Beliau berkata atlet kelainan upaya yang akan menyertai SOPMA dan Para Sukma 2020 perlu layak (berdasarkan kepada aspek pencapaian/jumlah mata dalam sukan berkenaan), manakala atlet baharu akan didedahkan jika mereka mempunyai potensi untuk menyumbangkan pingat.
Harden juga mengumumkan Sukan Olimpik Khas Sarawak akan diadakan di Sibu pada 2020, sambil berkata tuan rumah edisi Sibu itu mempunyai tempoh dua tahun untuk membuat persediaan bagi menjayakan temasya sukan tersebut.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet
#elaun
#Francis Harden
#Kuching
#OKU
#Para SUKMA
#Pusat Latihan Atlet Elit
#Sarawak
#Sibu
#SOPMA
#Sukan Olimpik Khas Sarawak
#Sukan Orang Pekak Malaysia
#tempat penginapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan