Kerajaan Negeri Sarawak bakal bina lapangan terbang untuk Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Bukit Mabong, Kapit dan Bebuling, Betong.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Infrastuktur dan Pembangunan Pelabuhan, Tan Sri Dr James Jemut Masing memberitahu kedua-dua lapangan terbang Ini menyediakan perkhidmatan pengangkutan kargo dan penumpang

"Kedua-dua lapangan terbang ini mengambil masa 36 bulan untuk disiapkan.

"Kerja-kerja pembinaan akan dimulakan tidak lama lagi dan ia dijangka siap pada suku ketiga 2023", jelas kenyataan itu.

Tambah Masing, Kawasan Bukit Mabong telah dikenal pasti sebagai laluan terbaharu RAS oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Jelasnya lagi pembinaan lapangan terbang ini juga fokus untuk meningkatkan ekonomi, perhubungan dan keselamatan kenderaan udara di luar bandar.

Ia juga bagi membantu mengangkut hasil pertanian yang dieksport dari kedua-dua kawasan ini ke pasaran luar.

Gambaran grafik Lapangan Terbang Bukit Mabong


Gambaran grafik Lapangan terbang Bebuling

Secara keseluruhan pembinaan landasan sepanjang 790 meter di Lapangan Terbang Bukit Mabong menelan belanja RM174.5 juta.

Manakala kos bagi Lapangan Terbang Bebuling pula berjumlah RM91.4 juta.