awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak catat enam kes baharu positif COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
14/03/2020
05:31 MYT
Sarawak catat enam kes baharu positif COVID-19
Uggah merayu agar sesiapa yang telah menghadiri perhimpunan keagamaan di Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Februari sehingga 1 Mac lepas untuk melapor diri di hospital berdekatan bagi membuat pemeriksaan kesihatan. - Gambar BERNAMA
Sarawak mencatat enam kes terbaharu positif COVID-19.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya sembilan kes selepas tiga kes pertama direkodkan pada Jumaat.
Semua kes terbaru itu melibatkan dua pesakit di Limbang dan empat di Kuching.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pesakit yang disahkan positif itu kini dirawat di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Miri.
Kata Uggah, Sarawak sedang mengambil langkah segera mengumumkan kes-kes baharu supaya orang ramai dapat mengetahui perkembangan semasa wabak pandemik itu di negeri ini.
Beliau merayu agar sesiapa yang telah menghadiri perhimpunan keagamaan di Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Februari sehingga 1 Mac lepas untuk melapor diri di hospital berdekatan bagi membuat pemeriksaan kesihatan.
"Setakat ini Sarawak berjaya menjejaki 311 peserta tetapi kami percaya ia mungkin lebih banyak.
"Kami memutuskan untuk membentuk pasukan khas untuk mengkaji Borang Pengisytiharan Kesihatan Sarawak bagi mereka yang telah memasuki Sarawak dari empat lapangan terbang dari 2 hingga 5 Mac lalu bagi memudahkan kita untuk mengenal pasti mereka yang terbang ke Sarawak, " katanya dalam kenyataan media.
Pada masa yang sama, Uggah turut membincangkan langkah untuk bekerjasama dengan wakil-wakil hospital swasta di Kuala Lumpur dalam usaha mendapatkan sokongan dalam menangani wabak COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
#JBPN
#Kuching
#Limbang
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan