Sarawak hari ini mencatat satu kes positif terbaharu di Kuching selepas lapan hari tidak mencatatkan sebarang kes positif COVID-19.

Kes terbaharu Ini menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di negeri itu kepada 545 kes.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Jumaat, empat kes dilaporkan sembuh dan discaj dari hospital menyaksikan tiga dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dan satu di Hospital Bintulu.

“Setakat ini, jumlah kes positif COVID-19 yang dilaporkan sembuh di negeri ini adalah 459 kes atau 84.22 peratus.

“Manakala 203 kes Person Under Investigation (PUI) terbaharu turut dilaporkan dan 208 kes masih menunggu keputusan makmal,” menurut JPBN Sarawak hari ini.

Kes terbaharu Ini menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di negeri itu kepada 545 kes.

Antara lain sebanyak 5871 permohonan pergerakan antara daerah diterima di 28 buah ibu pejabat polis daerah seluruh Sarawak, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 55,494 permohonan.

Daripada jumlah kumulatif tersebut, sebanyak 51,128 telah diluluskan dan 4,366 ditolak.