Sarawak macam anak tiri stesen TV siaran percuma

Sarawak macam anak tiri stesen TV siaran percuma
Cadangan Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Tun Openg agar Sarawak mempunyai stesen TV sendiri mendapat sokongan pemikir tempatan
KUALA LUMPUR: Sarawak yang kini bukan lagi seperti persepsi kebanyakan warga Malaysia. Walaupun dengan ekonomi digital dan kepesatan lain, hanya kerana dipandang sepi media utama negara, ada yang masih melihatnya di belakang.

Cadangan Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Tun Openg untuk bumi kenyalang proaktif mengkomunikasikan keunikan negeri dengan menubuhkan TV sendiri mendapat sokongan pemikir dan cendekiawan tempatan.

Hakikat pelbagai kemajuan dan usaha inovasi menuju ke depan oleh Sarawak dipandang sepi stesen siaran percuma terkemuka seperti TV3 dan RTM disokong pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Madya Dr. Jeniri Amir.

“Apa yang berlaku ialah berita penting mengenai Sarawak terutamanya dasar-dasar dan hala tuju besar negeri ini jarang-jarang  disiarkan oleh stesen-stesen TV yang berpangkalan di Kuala Lumpur,” kata Jeniri ketika dihubungi hari ini.

Memetik laporan Sarawakvoice, Abang Johari di Sibu semalam menegaskan dengan adanya stesen televisyen sendiri, ia bakal membuka peluang pemain industri kreatif terutamanya pembekal drama dan kandungan visual dari Sarawak, serta saintis sosialnya mempromosikan keunikan budaya masyarakat negeri ini.
Pada masa yang sama, Jeniri mengakui walaupun ada kandungan-kandungan mengenai Sarawak diketengahkan oleh stesen-stesen TV sedia ada, namun ia tidak memadai.

“Sarawak sedang melaksanakan pelan hala tuju transformasi besar seperti ekonomi digital contohnya, bagaimana dengan liputan berita-berita penting mengenainya?” soal Jeniri.

Abang Johari dilaporkan berkata, berita-berita Sarawak tidak disiarkan secara konsisten terutama pada waktu puncak biarpun syarikat terlibat sentiasa memenangi bidaan jutaan ringgit pada setiap kali pilihan raya negeri.

Apa yang sedang dilalui oleh masyarakat dan pemimpin bumi kenyalang bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng oleh media tempatan.

Jika kita tidak mengetahui transisi yang sedang dilalui oleh Sarawak, boleh tonton: http://www.astroawani.com/video-malaysia/sarawak-di-ambang-revolusi-perindustrian-4-0-181998

Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) memilih Sarawak sebagai lokasi penganjuran WIEF ke-13 yang berlangsung minggu lalu juga bukti negeri ini semakin menarik perhatian komuniti antarabangsa walaupun kurang diliputi beberapa media utama sendiri.

Tema forum pula menjurus kepada perubahan disruptif serta impaknya bukan sahaja kepada Sarawak dan Malaysia,  tetapi juga kepada masyarakat dunia.
BACA sini: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kelajuan-internet-penting-dalam-memacu-ekonomi-digital-160893

Astro AWANI memanfaatkan platform TV di Astro saluran 501 dan platform digital www.astroawani.com untuk menyiarkan kandungan berita yang signifikan serta analisis mengenai perubahan dasar negeri itu dikupas melalui program bual bicaranya seperti Agenda AWANI dan Analisis AWANI.

Di WIEF Kuching, Astro AWANI bekerjasama dengan penganjur dan agensi kerajaan negeri untuk menyiarkan secara langsung, diskusi-diskusi penting seperti sesi pengasas bersama Apple, Steve Wozniak dan juga fokus khas Sarawak bersama Abang Johari, Pengerusi Yayasan WIEF, Tun Musa Hitam dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Astro AWANI yang memang memfokuskan Sarawak sejak bersiaran 10 tahun lalu, pada 2017 sahaja sudah meggandakan liputan Sarawak sehingga 300 peratus.

Di dalam temubual eksklusif itu, Musa, selaku ahli politik veteran yang juga bekas timbalan perdana menteri ada tips untuk Sarawak mengharungi fasa transformasi ini dan ini perlu difahami oleh semua ‘tukang cerita’. 

BACA: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/musa-kalau-sarawak-mahukan-transformasi-ini-kuncinya-161083