awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak mahu hasil kutipan cukai pelancongan dibahagi tiga

Bernama
Bernama
09/08/2017
11:26 MYT
Sarawak mahu hasil kutipan cukai pelancongan dibahagi tiga
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan bahawa hasil kutipan cukai berkenaan mesti dibahagikan antara tiga wilayah, iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sekali lagi menegaskan bahawa hasil kutipan cukai berkenaan mesti dibahagikan antara tiga wilayah, iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata atas persetujuan itulah kerajaan Sarawak menyokong perlaksanaan cukai pelancongan itu kerana ia akan dikutip untuk membantu pembangunan industri pelancongan di ketiga-tiga wilayah.
Menurut Abdul Karim, selama ini pihak Pelancongan Malaysia hanya menumpukan promosi pelancongannya di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
Oleh sebab itu, katanya Sarawak menubuhkan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), manakala Sabah menubuhkan lembaga pelancongannya sendiri untuk membuat promosi sendiri di seluruh dunia.
"Kerajaan pusat (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia) perlu membantu dan sangat tidak adil untuk kerajaan negeri menanggung sendiri," kata beliau pada sidang akhbar di sini selepas majlis pelancaran penerbangan sulung AirAsia dari Kuching ke Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini hari ini.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz ketika mengumumkan kutipan cukai itu di Kuala Lumpur pada Selasa berkata cukai berkenaan hanya wajib dibayar oleh pelancongan asing bila menginap di hotel semua bintang di negara ini mulai 1 September depan.
Cukai berkenaan ialah kadar rata RM10 untuk satu bilik satu malam, dan Nazri berkata dijangka sebanyak RM210 juta Cukai Pelancongan dikutip setiap tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#cukai
#Malaysia
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan