awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKR kenal pasti lebih 20 jalan Persekutuan di Kelantan perlu diselenggara
Serigala terlepas dari kandang di zoo Tokyo, pengunjung diminta berlindung
15 maut, 19 cedera bas penumpang jatuh gaung di Guatemala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak sentiasa sokong agenda pendidikan negara

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2020
07:13 MYT
Sarawak sentiasa sokong agenda pendidikan negara
Kerjasama di antara dua pihak ini penting bagi menjayakan agenda pendidikan kebangsaan. FOTO: BERNAMA
Kerajaan negeri Sarawak akan sentiasa menyokong usaha kerajaan persekutuan dalam menyediakan ekosistem pendidikan yang kondusif.
Kata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerjasama di antara dua pihak ini penting bagi menjayakan agenda pendidikan kebangsaan.
Tambahnya kerjasama ini juga baik dalam memastikan Sarawak tidak ketinggalan dan mampu untuk terus melahirkan anak Sarawak yang berkualiti di masa hadapan.
“Semuanya dengan tujuan untuk berdiri sama tinggi dengan agenda pendidikan di peringkat kebangsaan demi kepentingan anak Sarawak,” jelasnya.
Sementara itu Abang Johari turut menjelaskan rasional di sebalik mewujudkan dan Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak dalam kabinet kerajaan negeri.
“Menerusi kabinet kerajaan negeri, kita telah mewujudkan Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak untuk meningkatkan penglibatan kerajaan Sarawak dalam pembangunan pendidikan.
“Ini juga bagi memastikan agar kualiti pendidikan di Sarawak setanding dengan pencapaian pendidikan negara dan dalam hal ini, paradigma harus selaras, falsafah harus jelas, usaha hendaklah holistik, kaedah hendaklah saling melengkapi,” tambahnya.
Abang Johari berkata demikian sempena perasmian Sambutan Hari Guru peringkat negeri Sarawak 2020 yang diraikan secara digital sebagai adaptasi kepada normal baharu pada Selasa.
Topic Berkaitan
#agenda
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#digital
#Hari Guru
#kerajaan Persekutuan
#Ketua Menteri Sarawak
#Kuching
#pendidikan
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan