Sarawak akan berusaha menarik kehadiran lebih ramai pelancong dari India sebagai salah satu penerokaan pasaran baru negeri tahun depan, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan memberi tumpuan terutamanya kepada bandar-bandar di selatan India, kerana kawasan itu memiliki lebih banyak akses penerbangan ke Malaysia.
"Pasaran juga menunjukkan peningkatan yang berterusan dari segi ketibaan dari pelancong dari kawasan ini sejak beberapa tahun lepas. Lembaga Pelancongan juga akan melihat kepada kemungkinan mewujudkan perkongsian dengan operator pelancongan tempatan dan juga semenanjung Malaysia, yang mengkhusus kepada pasaran India," katanya dalam ucapan penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 di sini hari ini.
Selain India, Abdul Karim berkata kerajaan negeri juga sedang meninjau pasaran utara Eropah dengan Lembaga Pelancongan telah mengambil bahagian dalam pameran perdagangan MATKA Scandinavian the Northern Europe, awal tahun ini untuk mempromosi pelancongan negeri.
"Lembaga Pelancongan telah memberi perhatian khusus kepada pasaran ini, selepas melihat kepada penerimaan oleh pelancong dari Scandinavia terhadap produk-produk yang ditawarkan, di samping tempoh waktu mereka melancong yang lebih panjang menjangkau tujuh sehingga 10 hari sekitar sini, dan mereka juga memilik kuasa membeli yang lebih besar," katanya.
Abdul Karim berkata Kempen Melawat Sarawak yang berterusan, dan lanjutan kempen pasaran berjarak jauh tahun depan, serta langkah-langkah penjenamaan destinasi akan memberi tumpuan kepada pasaran-pasaran utama seperti United Kingdom, Jerman, Belanda dan Australia.
"Pasaran-pasaran ini akan banyak bergantung kepada langkah-langkah Perhubungan Awam (PR) dengan daya tarikan jenama lebih kukuh menerusi iklan digital, penyiaran dan bahan bercetak. Pelantikan agensi-agensi PR akan menjadi cara strategik untuk bergerak maju dalam memastikan sesuatu destinasi itu didengar dan dilihat.
Beliau berkata sehingga Oktober lepas, Sarawak menerima kunjungan 3.76 juta pelancong, peningkatan sebanyak 4.59 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Beliau berkata limba negara sumber utama pelancong bagi Sarawak adalah Brunei Darussalam, Indonesia, Filipina, Singapura dan China.
Sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020. Abdul Karim berkata Sarawak meletakkan sasaran untuk mencapai kehadiran sehingga lima juta pelancong, dengan membawa hasil yang mencecah RM8.18 billion.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 11 2019
Keunikan lokasi pelancongan alam semula jadi di Sarawak menjadi aset utama dalam industri pelancongan. - Foto: sarawaktourism.com
AWANI Ringkas: Lebih 34,000 nyawa rakyat Palestin terkorban
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Remaja mati lemas ketika mandi bersama rakan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mati lemas ketika mandi-manda bersama rakannya di kawasan pam pasir Kampung Bagan, Pulai Chondong di sini semalam.
Menteri Luar Iran bincang penyelesaian krisis Gaza dengan Setiausaha Agung PBB
Dalam perbincangannya dengan pegawai PBB, menteri itu menegaskan pendirian Iran bahawa meningkatkan lagi konflik ini tidak memanfaatkan pihak terlibat.
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
Fokus Minggu Depan: Perang Iran-Israel: Perkembangan seterusnya?
Ikuti kupasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai perkembangan perang Israel-Iran yang ketika ini menggegarkan Asia Barat.
Data sekolah di Singapura diceroboh
Kementerian Pendidikan semalam mengesahkan berlaku pelanggaran data di salah satu vendornya mengakibatkan 'akses tidak dibenarkan' bagi nama dan alamat e-mel ibu bapa dan kakitangan lima sekolah rendah dan 122 sekolah menengah.
87 maut, 82 cedera akibat hujan lebat berterusan di Pakistan
Sekurang-kurangnya 87 orang maut dan 82 yang lain cedera dalam insiden dicetuskan hujan di Pakistan sejak minggu lalu ketika hujan lebat terus melanda beberapa bahagian negara itu, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), semalam.
SUKMA: Acara futsal wanita, 10 meter platform wanita digugurkan
Abdul Karim berkata kedua-dua acara tersebut terpaksa digugurkan kerana kurang jumlah penyertaan.
"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.
Sarawak pilihan utama penganjuran acara besar beberapa tahun akan datang - Abdul Karim
Sarawak akan menjadi lokasi pilihan utama bagi penganjuran acara besar dalam beberapa tahun akan datang.
13 acara sukan dipertandingkan pada SUKSAR III
Kelayakan atlet menyertai SUKSAR III itu adalah mereka berusia 21 tahun ke bawah serta tidak pernah memenangi pingat emas pada SUKMA.
Isu Palestin: Karim, Alexander bersemuka tangani perbezaan
Kedua-dua pihak sebelum ini dilihat seolah-olah berbalah, apabila Alexander dilihat menyokong pendirian NGO dan pembangkang.
Semangat juang Michael Riman wajar dikenang generasi muda - Abdul Karim
Semangat ditunjukkan mendiang Mejar (B) Michael Riman Bugat dalam berjuang untuk mempertahankan negara wajar dikenang oleh generasi muda Malaysia.
Sarawak tidak benarkan artis antarabangsa yang bertentangan dengan pendirian Malaysia beraksi
Sarawak menolak kemasukan artis antarabangsa yang mengkritik pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Velodrome yang dirancang di Sarawak mungkin ambil masa dua atau tiga tahun untuk siap - Abdul Karim
Velodrome itu tidak dapat disiapkan untuk digunakan bagi temasya dwitahunan Sukan Malaysia 2024 (Sukma 2024) yang dihoskan Sarawak.
Sarawak akan bincang dengan menteri tambah baik kemudahan pelancongan
Tumpuan semestinya terhadap lokasi pelancongan berasaskan alam semula jadi dan taman negara.
MTCP komited laksana pelan induk 2021-2035, pacu sektor pelancongan Sarawak
Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.