Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Saringan 20 ahli keluarga wanita hamil positif COVID-19 didapati negatif - Dr Noor Hisham

Saringan 20 ahli keluarga wanita hamil positif COVID-19 didapati negatif - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, KKM juga akan menyiasat semua kontak rapat membabitkan lokasi terkini wanita itu di Kelantan, selain tempat asalnya di Ampang.
PUTRAJAYA: Saringan terhadap 20 ahli keluarga wanita hamil positif COVID-19 yang pulang dari Ampang, Kuala Lumpur ke kampung halamannya di Kelantan, mendapati mereka negatif virus itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata bagaimanapun keputusan ujian membabitkan 10 lagi ahli keluarga wanita berkenaan belum diperoleh.

“Kita telah jalankan siasatan membabitkan kes wanita ini yang berusia 31 tahun dan mengandung 35 minggu. Kita sudah membuat saringan ahli keluarga.

"Seramai 20 orang didapati negatif COVID-19 manakala 10 lagi yang kita masih tunggu keputusannya,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya pada Khamis.
Katanya lagi, KKM juga akan menyiasat semua kontak rapat membabitkan lokasi terkini wanita itu di Kelantan, selain pengesanan kontak rapat di tempat asalnya di Ampang.

BACA: KKM sahkan wanita hamil positif COVID-19 di Kelantan mahu pulang bersalin di kampung