awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo sasar buka laluan ke Semenanjung Malaysia tahun ini
Tujuh maut, lebih 100 cedera dalam sukan 'laga lembu' di India
Seorang maut selepas gempa bumi berukuran 5.8 magnitud landa Pakistan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sasaran 33.1 juta pelancong boleh dicapai - Mohamaddin

Bernama
Bernama
20/07/2018
08:22 MYT
Sasaran 33.1 juta pelancong boleh dicapai - Mohamaddin
Ketibaan pelancong luar dari Januari hingga April lepas adalah seramai 8.47 juta, satu kadar yang agak rendah bagi Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang sememangnya dikenali dunia. - Gambar hiasan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yakin sasaran kedatangan 33.1 juta pelancong ke Malaysia pada tahun ini akan dicapai walaupun kemasukan mereka agak perlahan pada empat bulan pertama 2018, kata Menterinya Mohamaddin Ketapi.
Beliau berkata kementerian akan mengerakkan aktiviti promosi dan pemasaran pelancongan yang lebih agresif dan konsisten bagi mencapai sasaran itu.
Ketibaan pelancong luar dari Januari hingga April lepas adalah seramai 8.47 juta, satu kadar yang agak rendah bagi Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang sememangnya dikenali dunia.
"Memang sasaran 33.1 juta pelancong adalah besar tetapi dengan publisiti dan program promosi di luar negara yang berstrategi serta berterusan, kita yakin sasaran itu boleh dicapai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian yang turut dihadiri timbalannya Muhammad Bakhtiar Wan Chik.
Mohamaddin berkata keyakinan itu turut bersandarkan kepada peningkatan lebih 37 dan 12 peratus pelancong masing-masing dari China dan India, dua negara yang menjadi sasaran utama kementerian dari aspek kemasukan pelancong.
Mengenai faktor ketibaan pelancong yang rendah, beliau berkata musim pilihan raya umum menjadi antara penyebab utamanya selain pelawat dari Singapura dan Brunei yang sebelum ini memilih Malaysia sebagai destinasi utama percutian mengubah haluan ke negara lain.
"Biasanya pelancong tidak akan datang ke negara yang berada dalam tempoh pilihan raya tetapi selepas semuanya selesai, trend kemasukan akan kembali meningkat," katanya.
Dalam pada itu, Mohamaddin berkata kementerian akan melaksanakan minggu kebudayaan di Malaysia sebagai antara usaha memperkenal dan memartabatkan kebudayaan serta kesenian tanah air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamaddin Ketapi
#MOTAC
#pelancong
#pelancongan
#publisiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan