MEMANG wujud individu atau kumpulan di sekitar Narathiwat dan Sungai Golok yang mengambil upah menembak mati sasaran di Malaysia.
Menurut bekas ketua kumpulan gengster di Selatan Thai yang hanya dikenali sebagai "Iman Nasir", upah untuk menembak mati seseorang bergantung kepada profil individu berkenaan.
Katanya, ada upah atau bayaran yang mencecah sehingga puluhan ribu ringgit kerana individu yang ingin "dilupuskan" itu terdiri daripada mereka yang mempunyai nama.
"Upah menembak mati mereka yang disasarkan itu bergantung pada keadaan orang itu.
"Kalau jenis orang dikenali, berstatus dan sebagainya, upahnya akan mahal dan meningkat sehingga RM50,000," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sebuah kawasan di Selatan Thailand.
Katanya, kebiasaan selepas mendapat persetujuan harga, pembunuh upahan akan menjalankan tugas menjejaki sasarannya.
"Kalau sasaran atau individu yang ingin ditembak mati itu berada di Malaysia, pembunuh upahan akan mengenal pasti sasaran dahulu.
"Selepas dikenal pasti, mangsa akan diekori dan diperhatikan gerak-gerinya, dipantau penjalanannya, ke mana dia pergi, dengan siapa dia berjumpa.
"Selepas tempoh tertentu sama ada seminggu atau kurang pengawasan dan pemerhatian dibuat, selepas keadaan 'bersih' dan mangsa cuai, pembunuh upahan akan melaksanakan tugasnya untuk menembak serta memastikan mangsa mati," ujarnya.
Tembakan yang akan dilepaskan itu kadang kala bergantung kepada kehendak "bos"nya, sama ada disasarkan ke kepala atau badan.
"Biasanya tembak habis la peluru dalam katrij tu sebab nak pastikan mati. Dan selepas disahkan mati, pembunuh upahan itu akan bergegas keluar dan lari meninggalkan kawasan itu dengan kadar segera tanpa orang perasan dan mengekori.
"Pembunuh upahan ini tidak mempunyai perasaan kasihan belas; mereka lakukan tugas dengan rasa megah apatah lagi bila melihat mangsa rebah dan maut.
"Biasa persetujuan dengan bayaran penuh atau separuh dilakukan di Sungai Golok atau Selatan Thailand dengan si pengupah itu datang berjumpa dengan penembak upahan di satu kawasan yang tidak diketahui sesiapa" ujarnya.
Iman Nasir berkata beliau tidak pernah mengambil upah membunuh namun pernah beberapa kali berperang dan menembak mati askar Thailand.
Beliau, katanya, banyak memberikan arahan bunuh kepada anak buahnya untuk "melupuskan" seseorang dengan masa yang diberikan untuk memastikan sasaran mati kurang dari tujuh hari.
"Biasa saya akan suruh anak buah saya tembak mati. Saya akan cakap, 'Mu hantar dia kubur kurang dari tujuh hari' dan selepas itu sasaran diketahui mati," katanya dengan nada kesal.
Iman Nasir yang sudah bersara dari dunia gerakan pemisah dan kumpulan penjahat lebih 15 tahun lalu mula terlibat pada awal usia belasan tahun dengan menyertai kumpulan berkenaan selama 20 tahun.
Beliau pernah mempunyai ramai pengikut dengan rangkaian yang luas di selatan Thailand.
Namun, semuanya ditinggalkan dan kini beliau menghambakan diri dalam urusan agama Islam di SelatanThailand.
Vivi Sumanti
Sat Jan 11 2020
IMAN NASIR: Upah menembak mati yang disasar itu bergantung.... Kalau jenis orang dikenali, berstatus dan sebagainya, upahnya mahal. -Astro AWANI
YLTAT, GTA dan UniKL jalin kerjasama pemantapan pendidikan, kemahiran
Kolaborasi inovatif ini merupakan sebahagian daripada inisiatif JEBAT YLTAT bersama GTA dan UniKL untuk mendukung usaha kerajaan memantapkan kelestarian pendidikan.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan AS-ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-Asean.
'Bandar kanak-kanak', Rafah tidak boleh diserang - UNICEF
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini.
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Cuaca Panas, Stres: Tips kepada bakal jemaah Haji
Hari wukuf bagi musim haji 2024 adalah pada 9 Zulhijah atau bersamaan 15 Jun 2024, iaitu kemuncak musim panas di Arab Saudi.
Haji 2024: Jemaah wanita paling ramai
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan jumlah Jemaah wanita Haji dan pecahan mengikut umur. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Tumpuan Rabu - 08 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
DUN lulus Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak
RUU itu diluluskan selepas tujuh Ahli DUN mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Umat Islam perlu punyai satu iltizam, berganding pertahan agama Islam - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah menitahkan semua umat Islam supaya mempunyai satu iltizam untuk bersama-sama merapatkan saf dan bergandingan mempertahankan agama.
'Satu kepala cecah RM50,000' - Bekas ketua gengster dedah sindiket upah bunuh
Tembakan yang akan dilepaskan itu kadang kala bergantung kepada kehendak "bos"nya sama ada disasarkan ke kepala atau badan.