Tutup

"Saya akan temukan kedua-dua mereka" - Zahid Hamidi

"Saya akan temukan kedua-dua mereka" - Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi berbual dengan Tajuddin Abdul Rahman di lobi Parlimen pada Rabu. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengaturkan perjumpaan bersama dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman susulan pertelingkahan yang berlaku antara kedua mereka.

"Saya akan temukan mereka berdua (untuk berdamai)", kata beliau kepada wartawan ketika ditemui di lobi Parlimen pada petang Rabu.
Berdasarkan perancangan awal, Ismail dan Tajuddin akan bertemu dengan Ahmad Zahid bagi menyelesaikan pertengakaran yang tercetus antara mereka.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak kelihatan sedia menunggu di lobi Parlimen bagi menghadiri pertemuan tersebut.
Bagaimanapun, pertemuan itu terpaksa ditangguhkan apabila Ismail yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Krau dimaklumkan telah pulang.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk kemudian memakluman pertemuan yang dirancang itu ditangguhkan sehingga esok.

Ismail dan Tajuddin mencetuskan kekecohan apabila bertengkar sesama sendiri di lobi Parlimen di hadapan petugas media dan kakitangan Parlimen.

Kedua-dua wakil rakyat itu dilaporkan saling menengking selain mengeluarkan kata-kata kurang sopan.

\
 


Tag: dua wakil rakyat BN, bertelingkah, di lobi Parlimen, Barisan Nasional, Zahid Hamidi, Tajuddin Abdul Rahman, Ismail Mohamed Said



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.