awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya anak Malaysia, saya ada hak bersuara,' luah anak TPM di media sosial

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
01/09/2015
07:53 MYT
'Saya anak Malaysia, saya ada hak bersuara,' luah anak TPM di media sosial
Nurulhidayah membalas komen segelintir rakyat Malaysia yang mengkritik kenyataan beliau yang menyelar Perhimpunan Bersih 4 sebagai 'kerja bodoh'. -Gambar instagram sayanurulzahid
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membalas komen-komen segelintir rakyat Malaysia yang mengkritik kenyataan beliau yang menyelar Perhimpunan Bersih 4 sebagai 'kerja bodoh'.
Nurulhidayah Ahmad Zahid melalui akaun Instagramnya berkata, “Saya bukan ahli Parlimen di kawasan anda ataupun wakil rakyat anda. Saya warganegara Malaysia yang juga ada hak bersuara.”
“Saya tidak menyentuh perkauman atau bangsa. Saya cuma pertikaikan kewarasan segelintir anda yang tidur di jalanan kononnya untuk menyatakan kebenaran,” kongsi beliau menerusi akaun Instagramnya.
Menurut Nurulhidayah, beliau juga pernah menyuarakan pandangannya mengenai insiden Low Yat yang berlaku beberapa bulan lalu.
Pada ketika itu, beliau berkata, pergaduhan sebegitu dilarang oleh mana-mana agama.
“Saya disalahertikan ketika menyatakan Bersih adalah satu perbuatan sia-sia dan bodoh. Saya diserang secara peribadi.
“Saya tidak akan berdiam dan akan terus berkata-kata. Siapa saya di mata anda? Saya bukan sesiapa.
“Saya di sisi Dia. Saya hamba Allah yang akan terus bersuara,” katanya lagi.
Nurulhidayah turut menyatakan bahawa beliau bertanggungjawab atas kata-katanya itu kerana tidak rela melihat rakyat ‘diheret’ ke jalanan.
IF. JIKA.
A photo posted by Nurul Zahid (@sayanurulzahid) on
Aug 31, 2015 at 7:09pm PDT
Topic Berkaitan
#ahmad zahid
#media sosial
#Nurulhidayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan