Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau telah berbelanja berpuluh-juta ringgit wang yang dikreditkan ke dalam akaun bank peribadinya antara 2014 dan 2015.
Bekas Perdana Menteri berusia 67 tahun itu berkata, beliau membelanjakan setiap sen dalam akaunnya itu kerana berpendapat ia dana untuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dimilikinya.
Bagaimanapun, Najib mengekalkan pendiriannya bahawa beliau tidak tahu wang itu adalah dana SRC International Sdn Bhd.
Ketika disoal-balas oleh Pendakwa Raya ad-hoc Datuk V. Sithambaram, ahli Parlimen Pekan itu bersetuju bahawa beliau telah membelanjakan RM27 juta yang dikreditkan ke dalam akaun pada Julai dan RM5 juta pada Sepember 2014.
Sithambaram: RM27 juta masuk dalam akaun anda pada Julai, anda berkata anda tidak tahu
Najib: Ya, Saya tidak tahu yang ia adalah wang SRC, Saya hanya mengetahuinya agak kemudian.
Sithambaram: Tetapi anda membelanjakan setiap sen daripadanya
Najib: Ya
Sithambaram: Adakah anda tahu RM5 juta masuk ke dalam akaun anda pada September
Najib: Saya tidak tahu, masa itu
Sithambaram: Tetapi anda membelanjakan setiap sen daripadanya
Najib: Ya
Sithambaram: Pada Disember, RM27 juta dimasukkan dalam akaun anda. Adakah anda tahu
Najib: Pada ketika itu, saya tidak tahu.
Sithambaram: Tetapi anda membelanjakannya
Najib: Ya, saya membelanjakannya… ia adalah dana CSR yang saya ada
Kepada soalan lain, Najib berkata beliau tidak berasa terperanjat bila Nik Faisal Ariff Kamil, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC tidak memberitahu beliau bahawa RM32 juta itu dipindahkan ke dalam akaunnya, memandangkan Nik Faisal yang menguruskan akaunnya.
Sithambaram: Jadi pemegang mandat itu boleh saja tidak memaklumkan kepada anda mengenai jumlah dana yang besar itu masuk dan keluar daripada akaun anda, dan anda tidak berpendapat ia sesuatu yang terperanjat, benar begitu
Najib: Ya
Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyalahguna RM42 juta dana SRC International, merangkumi tiga pertuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahguna kedudukan terhadap dana SRC.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 22 2020
Najib Razak mengaku telah berbelanja berpuluh-juta ringgit wang yang dikreditkan ke dalam akaun bank peribadinya antara 2014 dan 2015. - Gambar BERNAMA
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Yen jatuh, pasaran berjaga-jaga awasi tindakan Jepun
Dolar meningkat setinggi 154.88 berbanding yen, paling tinggi direkod sejak 34 tahun.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Kedudukan wanita perlu dianggap setaraf dengan lelaki untuk bangunkan negara - Tun M
Kedudukan wanita dalam masyarakat perlu dianggap setaraf dengan lelaki kerana golongan itu juga memainkan peranan penting dalam membangunkan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun M sambut ulang tahun ke-98
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-98.
'Taut kembali kasih terpisah, cinta terlerai' - Ismail Sabri
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai mengambil peluang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk menautkan kembali kasih terpisah dan cinta terlerai.
Rasuah punca kos sara hidup meningkat - Tun Mahathir
Kos sara hidup di Malaysia meningkat kerana rasuah berleluasa, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Permohonan Najib ketepi injunksi kes saman 1MDB didengar 7 Feb 2023
Prosiding pendengaran itu akan berlangsung secara fizikal pada 9 pagi di hadapan Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad.
Saman Najib 'adalah serangan kolateral' terhadap kes berkaitan 1MDB - Peguam
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa saman Najib terhadap Tommy Thomas atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dalam empat kes beliau membabitkan 1MDB adalah satu 'serangan kolateral.'
Pecah amanah, salah guna kuasa, Najib bekas PM pertama ke penjara
Buat pertama kalinya dalam catatan sejarah negara, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi bekas perdana menteri pertama dipenjarakan kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Tiada tindakan kenyataan 'Zamani Ibrahim' di Facebook pada 2018 - Polis
Semakan mendapati kenyataan itu telah dimuat naik pada 11 Mei 2018 dan merupakan kenyataan persendirian pemilik akaun tersebut.
Kes SRC: Keputusan ini bukti rakyat berkuasa - Anwar Ibrahim
Kata Anwar, ini membuktikan rakyat berkuasa dan telah membuat keputusan pada 2018 bagi memastikan negara bersih daripada rasuah.