Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menjunjung Al-Quran untuk membuktikan bukan dirinya dalang sebenar di sebalik pemecatan bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abas pada tahun 1988.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, pemecatan Salleh, yang merupakan salah satu daripada episod 'Krisis Perlembagaan Malaysia 1988', dilakukan melalui tribunal yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Hamid Omar serta mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong waktu itu.
"Saya tak ada campur tangan, saya tak suruh, saya berani junjung Al-Quran dan bersumpah saya tak suruh (Salleh dipecat)," katanya sewaktu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.
Beliau, yang menjadi perdana menteri dari tahun 1981 hingga 2003, berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai ucapan perasmian beliau sewaktu persidangan agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru-baru ini, bahawa parti itu akan mengembalikan kuasa perundangan penuh kepada institusi kehakiman seandainya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum kelak.
Ucapan beliau itu mengundang kritikan beberapa pihak yang mendakwa beliaulah sebenarnya yang mengakibat institusi kehakiman terganggu, ekoran pemecatan Salleh beserta tiga daripada lima hakim Mahkamah Persekutuan yang membenarkan perintah interlokuiri terhadap kes itu.
Katanya lagi, Peguam Negara (AG) ketika itu iaitu Tan Sri Abu Talib Othman yang menggunakan namanya untuk membolehkan pemecatan itu berlaku.
"AG masa itu (Talib) yang gunakan nama saya kononnya pemecatan itu atas arahan saya. Saya tidak masuk campur langsung. Saya cuma tahu kemudian yang dia cakap saya yang suruh," kata Dr Mahathir lagi.
Mengulas mengenai permohonan Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong dikembalikan dalam meluluskan rang undang-undang baharu atau sebarang pindaan berkaitan, Dr Mahathir berkata perkara itu masih belum dibincangkan dalam Pakatan Harapan.
"Hal ini kita belum bincangkan, kita nak tahu dahulu dari dia (Anwar) apa sebabnya. Kalau ia sesuatu yang serasi dengan dasar Pakatan harapan, kita boleh teruskan," katanya.
Anwar semalam telah memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, iaitu mana-mana rang undang-undang akan menjadi sah dalam tempoh tiga puluh hari tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Permohonan itu difailkan melalui isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Anwar, dalam permohonannya, menyebut bahawa Parlimen tiada kuasa untuk meluluskan sebarang rang undang-undang tanpa perkenan Agong (royal assent), kerana perkenan itu merupakan struktur asas dalam Perlembagaan Persekutuan.
Firdaus Azil
Wed Jan 03 2018
Dr Mahathir sanggup menjunjung Al-Quran untuk membuktikan bukan dirinya dalang sebenar di sebalik pemecatan bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abas pada tahun 1988. - Astro AWANI/Fail
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
"Saya berani junjung Al-Quran dan bersumpah tak suruh pecat Salleh Abas" - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sanggup menjunjung Al-Quran untuk membuktikan dirinya bukan dalang sebenar di sebalik pemecatan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas.