Seorang pengarah syarikat pemprosesan visa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima RM2 juta sebagai rasuah daripadanya untuk membolehkan syarikatnya dilantik mengendalikan perkhidmatan One Stop Centre (OSC) visa di Nepal dan Pakistan.
Pengarah Profound Radiance Sdn Bhd (PRSB) Azlan Shah Jaffril, 48, berkata demikian semasa menjawab pertanyaan peguam Datuk R.S. Sodhi semasa pemeriksaan balas dalam saman sivil yang dibawa oleh bekas pengarah PRSB, Nor Rosnani Ibrahim sebagai plaintif, terhadap Azlan Shah dan syarikatnya PRSB, sebagai defendan, di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ong Chee Kwan.
Sodhi: Tiga tuduhan yang dihadapi Ahmad Zahid berkait dengan rasuah RM2 juta daripada kamu?
Azlan Shah: Ya, itu yang beliau (Ahmad Zahid) hadapi (pertuduhan).
Azlan Shah juga memberitahu mahkamah bahawa beliau akan menjadi saksi pendakwaan dalam kes rasuah Ahmad Zahid yang sedang dibicarakan.
Kepada soalan Sodhi, yang mewakili Nor Rosnani, mengenai sebab defendan pertama (Azlan Shah) memberikan wang daripada PRSB kepada 'Masjid Tapah', Azlan Shah berkata beliau menderma wang kepada sebuah masjid setiap bulan, yang didakwa sebagai bayaran kepada "pegawai" di Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk membantu syarikat itu mendapatkan kembali kontrak untuk OSC.
"Saya ada mendapatkan bantuan daripada pegawai di PMO selepas kontrak itu ditamatkan... tetapi mereka berkata, 'kami tidak mahu wang daripada kamu, dermalah kepada masjid ini setiap bulan," katanya.
Sementara itu, Azlan Shah dalam kenyataan saksinya berkata Kementerian Dalam Negeri telah membatalkan kontrak PRSB pada 11 November 2015.
"Alasannya ialah Ahmad Zahid, Menteri Dalam Negeri ketika itu, tidak gembira dengan individu di sebalik PRSB dan beliau memaklumkan kepada saya tentang perkara ini apabila saya berjumpa dengannya," katanya, sambil menambah selepas kontrak itu dibatalkan, beliau terus terlibat dengan kementerian atas inisiatifnya sendiri.
"Saya juga meyakinkan beliau (Ahmad Zahid) bahawa sebenarnya syarikat itu saya miliki 75 peratus dan bukan oleh pihak lain lagi," katanya, sambil menambah bahawa syarikat itu telah diberikan kontrak untuk memproses penghantaran balik secara sukarela pekerja asing dan aplikasi OSC untuk Nepal dan Pakistan pada pertengahan 2016 selepas beberapa siri rundingan.
Dalam saman yang difailkan pada 8 Mei tahun ini, Nor Rosnani, 43, mendakwa Azlan Shah melanggar perjanjian itu dan meminta defendan pertama memindahkan semula 30 peratus saham dalam PRSB kepada plaintif.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Nor Rosnani menuntut Azlan Shah memindahkan semula 30 peratus saham kepadanya selepas beliau (Azlan Shah) menyelesaikan satu masalah yang berkaitan dengan operasi PRSB di Dhaka, Bangladesh.
Nor Rosnani juga mendakwa Azlan Shah enggan mengagihkan perolehan daripada operasi PRSB kepada para pemegang saham, termasuk plaintif, mengikut pegangan masing-masing.
Perbicaraan bersambung pada Jumaat. - Bernama
Bernama
Wed Nov 27 2019
Ahmad Zahid didakwa menerima RM2 juta sebagai rasuah untuk membolehkan syarikat dilantik mengendalikan perkhidmatan One Stop Centre (OSC) visa di Nepal dan Pakistan. -Gambar fail
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
KPKT sasar 50 PBT laksana inisiatif baharu, perkemas prosedur OSC
KPKT menyasarkan 50 PBT untuk melaksanakan inisiatif Industrial Green Lane, Prerequisite dan Self-Regulation tahun ini.
Saya beri Ahmad Zahid RM2 juta - Pengarah syarikat
Azlan Shah dalam kenyataan saksinya berkata Kementerian Dalam Negeri telah membatalkan kontrak PRSB pada 11 November 2015.
KPM lulus pertukaran 2,261 guru kes 'guru duka lara'
Mereka akan mula berkhidmat di sekolah baharu bulan depan.