MALAYSIA
"Saya boleh kerjasama dengan semua pihak termasuk Pas" - Tun M

Menurut Dr Mahathir, beliau sentiasa terbuka dalam membentuk kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Pas. - Gambar Fail Astro AWANI
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sentiasa terbuka dalam membentuk kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Pas jika perkara itu memberi banyak manfaat kepada negara.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan, beberapa siri pertemuan antara beliau dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan perkara biasa.
Apatah lagi, atas kapasitinya sebagai ketua kerajaan, beliau sentiasa bertemu dengan banyak pihak termasuk pemimpin parti pembangkang.
Dr Mahathir juga berkata, pertemuan yang berlangsung dengan pemimpin Pas adalah bagi membincangkan mengenai kebimbangan parti Islam itu terhadap beberapa dasar yang dibuat kerajaan.
"Jika mereka boleh buat sesuatu yang bagus dan saya akan bekerjasama dengan mereka, mereka (PAS) berjumpa dengan saya dan mereka risau tentang beberapa perkara, saya cakap kepada mereka, jika kami (PH) buat perkara salah, jangan sokong kami di Parlimen, jika kami buat perkara betul dan baik untuk rakyat dan negara, sokonglah kami walaupun anda berada di pihak pembangkang," kata Perdana Menteri.
Perdana Menteri berkata demikian selepas mengadakan lawatanke Projek Demonstrasi 5G di 5G Command Centre Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi pada Isnin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami