awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya bukan orang Cina, saya orang Malaysia' - Lim Guan Eng

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
12/05/2018
09:36 MYT
'Saya bukan orang Cina, saya orang Malaysia' - Lim Guan Eng
Lim Guan Eng janji beri fokus kepada usaha meringankan beban golongan berpendapatan rendah.
Bakal Menteri Kewangan, Lim Guan Eng lebih selesa menganggap dirinya sebagai seorang berbangsa Malaysia.
Dalam sidang media pengumuman tiga menteri Kabinet sebentar tadi, Guan Eng yang menjawab soalan daripada seorang pengamal media dari China, menegaskan, biarpun berbangsa Cina, beliau mahu masyarakat mengenalinya sebagai orang Malaysia.
"Kami semua di sini orang Malaysia, tanpa mengira warna kulit atau agama. Apa yang penting adalah memberi khidmat kepada rakyat," katanya.
Mengulangi janji yang dilaungkan Pakatan Harapan (PH) semasa pilihan raya, Guan Eng akan memastikan kementeriannya menilai kembali kesemua projek yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.
GALERI FOTO: Wajah-wajah Menteri Kewangan dari tahun 1957-2018
BACA: PM umum Menteri, Guan Eng Menteri Kewangan, Mat Sabu Pertahanan, Muhyiddin KDN
"Fokus paling besar tentu sekali membantu meringankan beban golongan rakyat yang berpendapatan rendah. Saya akan memastikan hak rakyat Malaysia terjamin, peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat juga dijaga.
"Antara cara yang sedang difikirkan seperti menghapuskan GST, mengekalkan BR1M dan mengawal harga minyak. Semua itu akan dibincangkan dengan Perdana Menteri nanti," katanya.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan tiga Menteri dalam Kabinet baharu pentadbiran beliau di satu sidang media khas di ibu pejabat Pakatan Harapan di Bangunan Yayasan Selangor di Petaling hari ini.
Selain Guan Eng yang dilantik sebagai Menteri Kewangan, turut diumumkan ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dari PPBM sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Mohamad Sabu (AMANAH) sebagai Menteri Pertahanan.
Topic Berkaitan
#GST
#kabinet
#Lim Guan Eng
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Mohamad Sabu
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#PPBM
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan