awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Risau anak asyik lupa! Ini lima punca memori lemah
Lebih banyak salji dijangka landa timur, utara Jepun
Mexico rekod 936 gegar penghujung selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 - Pakar Seismologi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya bukan patung - Sultan Johor

Astro Awani
Astro Awani
02/08/2019
08:09 MYT
Saya bukan patung - Sultan Johor
Ketika menyampaikan titah ucapannya di Kem Iskandar, Mersing, Sultan Ibrahim mengakuim tindakannya mencampuri urusan perolehan GGK tidak disenangi sesetengah pihak. - Gambar Royal Press Office
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan, baginda bukan patung berhubung peranannya sebagai Kolonel Komandan Grup Gerak Khas (GGK).
Sultan Ibrahim mengakui, tindakan baginda mencampuri urusan perolehan GGK tidak disenangi sesetengah pihak.
"Jika saya tidak campur tangan dalam hal ini, siapa yang akan untung berjuta ringgit.
"Saya sedar, tindakan saya mencampuri urusan perolehan komando ini tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan sebagai ejen atau orang tengah," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Perbarisan Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-54 di Kem Iskandar, Mersing hari ini.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut hadir mengiringi baginda ke majlis itu.
Teks titah baginda itu dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Di majlis yang sama, baginda bertitah, pihak komando tidak seharusnya menerima apa sahaja peralatan yang dicadangkan atau hendak dijual oleh pembekal.
"Saya juga perhatikan ada bekas-bekas jeneral bersara menjadi ejen menjual perkakasan tentera kepada komando dengan harga tidak masuk akal.
"Sebagai contoh, pembelian bot 'Rigid Riding Craft' sebanyak lapan unit dicadangkan dengan kos RM5 juta seunit. Harga ini tidak munasabah dan selepas saya campur tangan, saya berikan komando bot lebih baik serta menjimatkan kerajaan," titah baginda.
Tegas baginda, sebagai Kolonel Komandan GGK, baginda akan sentiasa memerhati serta mengambil tahu mengenai Kor Gerak Khas.
Baginda turut bertitah menzahirkan penghargaan kepada kerajaan yang meluluskan peruntukan hampir RM180 juta untuk perolehan beberapa peralatan khas komando, payung terjun, rumah CQB (tempur jarak dekat) dan kolam renang tempur di Kem Iskandar.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Grup Gerak Khas GGK
#Sultan Ibrahim
#Sultan Johor
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan