awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya dengan Tun Mahathir tiada masalah, tapi ada yang bermuka-muka' - Anwar Ibrahim

Firdaus Azil
Firdaus Azil
07/01/2019
08:57 MYT
'Saya dengan Tun Mahathir tiada masalah, tapi ada yang bermuka-muka' - Anwar Ibrahim
Anwar turut memberi amaran mengenai kewujudan golongan yang beliau gelarkan sebagai pemuka-pemuka, dan meminta Pakatan Harapan sentiasa berwaspada.
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau langsung tidak mempunyai sebarang masalah dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau meminta semua pihak agar jangan terus mempertikai isu mengenai peralihan kuasa, sedangkan perkara itu telah lama dipersetujui secara konsensus.
“Saya menyedari terdapat berbagai-bagai andaian terkait soal peralihan kuasa yang dipetik oleh media perdana dan media sosial dengan mengandaikan wujudnya pertembungan dalam kalangan pimpinan.
“Saya ingin mengulangi bahawa tidak wujud sebarang pertelingkahan antara saya dan Tun tentang soal peralihan kuasa,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
1. Met with the PM @chedetofficial for an hour. 2. Tun M must be given the space to lead the government for the duration that we agreed upon. He has the full support of PH. pic.twitter.com/lAepfvJgRu
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) January 2, 2019
BACA: Anwar akan rasa selesa bila ambil tugas PM daripada saya - Tun Mahathir
BACA: Saya tahu, ada pihak mahu mengadu domba saya dan Dr Mahathir - Anwar
Anwar berkata, semua pihak harus memberi ruang dan dukungan untuk mengemudi kerajaan agar agenda besar reformasi oleh Pakatan Harapan (PH) dapat dilaksanakan.
Dalam itu, beliau turut meminta agar Kerajaan PH terus fokus terhadap isu-isu yang menekan dengan meringankan beban rakyat, menyegerakan reformasi institusi dan mengheret mereka yang mencurangi dana awam ke muka pengadilan
“Saya mendukung pernyataan Perdana Menteri Tun Mahathir bahawa kerajaan Pakatan Harapan adalah kerajaan yang kuat.
“Kerajaan sedang bekerja dan berusaha memenuhi janji-janji kepada rakyat Malaysia, dan kerajaan ini adalah kerajaan yang mewakili semua rakyat rentas kaum dan agama, dan menolak sebarang bentuk prejudis dan ancaman mengganggu gugat ketenteraman awam,” katanya lagi.
Anwar turut memberi amaran mengenai kewujudan golongan yang beliau gelarkan sebagai ‘pemuka-pemuka’, dan meminta Pakatan Harapan sentiasa berwaspada.
“Saya menggesa pimpinan untuk berwaspada dengan pemuka-pemuka ini yang lebih senang dengan budaya kronisme, dan cubaan mereka untuk menimbun harta kekayaan, dan mengabaikan keadilan dan kebajikan rakyat,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Malaysia Baharu
#media sosial
#menteri
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#Parti Keadilan Rakyat
#Perdana Menteri
#rakyat Malaysia
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan