awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran rebut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
JBPM laksana lebih 800 operasi menyelamat, pindah mangsa banjir
Dapur Siswa MADANI UMK bantu mahasiswa tangani kos sara hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya harap, jangan lupa saya bila PRU14 - PM Najib

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
31/01/2018
05:21 MYT
Saya harap, jangan lupa saya bila PRU14 - PM Najib
Najib meminta rakyat supaya tidak melupakan dirinya ketika pilihan raya umum itu berlangsung. - Foto fail Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat supaya tidak melupakan beliau ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Malah dalam ucapannya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu sekali lagi memberi indikasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan tidak lama lagi.
“Tuan-tuan berhari raya hari ini. Tak lama lagi, kita ‘berhari raya’ untuk semua. Saya harap, jangan lupalah saya bila sampai masanya nanti (PRU14),” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Mesra Rakyat bersempena sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniyar Swamy di sini hari ini.
Bagaimanapun, Najib tidak mengulas lanjut secara spesifik berkenaan tarikh PRU14 sebaliknya meminta masyarakat India memberi sokongan penuh kepada calon BN pada PRU14.
Beliau menyifatkan hari ini merupakan hari kebesaran kepada penganut Hindu selain enggan 'bercerita' panjang berkenaan politik.
Hadir sama adalah Presiden MIC yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#pilihan raya umum
#PRU14
#tarikh
#Thaipusam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan