awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya masih Timbalan Presiden UMNO - Muhyiddin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/07/2015
06:37 MYT
Saya masih Timbalan Presiden UMNO - Muhyiddin
Muhyiddin sedia bekerjasama dengan Najib serta semua ahli Majlis Tertinggi termasuk semua peringkat bahagian dan cawangan.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus berkhidmat di dalam UMNO seperti yang diamanahkan kepada beliau walaupun tidak lagi memegang jawatan kedua terpenting negara.
Muhyiddin yang kini masih Timbalan Presiden UMNO sedia bekerjasama dengan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak serta semua ahli Majlis Tertinggi (MT) termasuk semua peringkat bahagian dan cawangan.
"Bagi saya, tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden kalau ikut Perlembagaan (UMNO) ialah untuk membantu Presiden dan juga membantu ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lain, termasuklah di peringkat sayap untuk melaksanakan tugas sebagai Timbalan Presiden.
"Tanggungjawabnya adalah untuk menguruskan parti... Walaupun ini telah berlaku, ia tidak menghalang saya...tapi apa yang penting bagi saya adalah untuk pembangunan parti dan negara," jelas Muhyiddin dalam satu sidang media khas yang diadakan di kediamannya di Bukit Damansara tengah hari tadi.
Sidang media khas itu diadakan sehari selepas pengumuman rombakan Kabinet yang menyaksikan beliau disingkirkan daripada jawatan yang disandangnya sejak 2009.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO dan Barisan Nasional berkata sudah bersedia untuk hadir pada mana-mana mesyuarat UMNO di peringkat bahagian jika dijemput.
"Kalau saya tidak melaksanakan tugas, bermakna saya gagal. Seperti yang tuan-tuan pun tahu, saya adalah seorang yang bertanggungjawab. Jadi, apa pun, kalau parti kata inilah tugas yang saya harus pikul, maka saya akan laksanakan.
"Soal bahagian menjemput atau tidak menjemput itu hak bahagian, tetapi saya bersyukur kerana negeri Johor, saya dimaklumkan, dalam kenyataan Menteri Besar, beliau menasihatkan orang Johor agar hormati saya sebagai Timbalan Presiden dan Johor tidak menyekat untuk saya masuk ke mana-mana bahagian kalau saya dijemput ataupun saya meminta untuk bertemu memberikan penerangan," jelas Muhyiddin.
Tambahnya lagi, beliau menyifatkan beban tugas sebagai Timbalan Presiden bukanlah kecil kerana beliau bertanggungjawab untuk mengukuhkan parti dan meningkatkan kerjasama di antara ahli serta menggerakkan program terutamanya menjelang pilihanraya.
Topic Berkaitan
#BN
#Muhyiddin
#najib
#parti
#pilihan raya umum
#PRU14
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan